Leona menangis tinggalkan Malaysia, akan sambung belajar luar negara

Leona menangis tinggalkan Malaysia akan sambung belajar luar negara

Leona menangis tinggalkan Malaysia, akan sambung belajar luar negara. Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Meskipun dikecam teruk, namun gadis berusia 20 tahun itu tidak melatah dengan apa yang diperkatakan netizen tentang dirinya dan tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Leona memaklumkan buat pengikutnya bahawa dia bakal terbang ke luar negara untuk menyambung pengajian.

@leonsmeonssI’m so sad

♬ original sound – Leona 🦋

Dalam video dikongsikannya itu, Leona begitu sedih untuk meninggalkan Malaysia dan seharian menangis kerana terpaksa berpisah dengan keluarga dan rakan-rakan. Bagaimanapun, Leona berkata dia perlu berbuat demikian demi pelajaran serta untuk mengejar cita-citanya.

Leona menangis tinggalkan Malaysia, akan sambung belajar luar negara

Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang mendoakan agar Leona berjaya mengejar cita-citanya serta dipermudahkan urusan di sana.

Sementara itu, satu lagi perkongsian Leona turut menjadi perhatian dimana dia memaklumkan sudah berpisah dengan teman lelakinya sebulan lalu namun masih berkawan baik.

@leonsmeonsswe broke up about a month ago

♬ suara asli – SongVirall🎧

BACA:

PM gagal urus negara, Muhyiddin setuju PRU15 diadakan

Ecurve kini jadi bangunan berhantu, dulu jadi tempat lepak paling best di KL

Netizen syak Shuib ada skandal dengan Watie sejak 2019, ini respon tuan badan

 

CATEGORIES