Wany Hasrita dan suami tinggal asing-asing?

Oleh INFORAKYAT

Wany Hasrita dan suami tinggal asing-asing? Penyanyi popular, Wany Hasrita kembali menjalani hubungan jarak jauh dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, selepas sebulan berkahwin.

Wany, 30, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia dan suami mengambil cuti selama sebulan untuk meluangkan masa bersama sebelum kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Sebelum ini dua minggu saya duduk di rumah suami di Kuching, Sarawak dan sekarang baru kami kembali bekerja. Kami berdua masing-masing ambil cuti sebulan sebab tahu selepas ini memang susah nak jumpa.

“Alhamdulillah, biarpun kami menjalinkan hubungan jarak jauh, semuanya okay kerana masing-masing memahami. Kami juga setiap hari berhubung dan membuat panggilan video. Diharapkan persefahaman ini sampai bila-bila.

“Sepanjang bercuti pun kami berdua banyak lepak di rumah, sebab kami tahu apabila sudah kembali bekerja nanti, tiada peluang nak bersama. Lepak di rumah adalah momen yang seronok buat kami berdua,” katanya kepada Harian Metro.

Wany Hasrita dan suami tinggal asing-asing?

Dalam masa sama, Wany berkata dia belum lagi ditanya mengenai soal cahaya selain masih mendapat ucapan tahniah atas perkahwinan yang dibina.

“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi yang bertanya mengenai cahaya mata. Sekarang ini ke mana saya pergi dan berjumpa orang, mereka banyak mengucapkan selamat pengantin baru memandangkan saya pun baru sebulan berkahwin.

“Kalau ada bertanya pun tak mengapa sebab saya rasa pada usia 30 tahun ini, penerimaan saya pada pertanyaan orang ramai agak tenang. Saya juga lebih relaks. Tiada apa nak kecil hati dan seumpamanya. Tapi perlu diingatkan, ‘common sense’ itu perlu pada setiap orang,” katanya.

Terdahulu Wany ditemui di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya.

Wany dan suami yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak bernikah pada 22 Julai lalu.

Dalam perkembangan lain, Wany bakal muncul dengan single baharu bersama Datuk Jamal Abdillah dan Wani Syaz.

“Saya ada satu lagi projek bersama Datuk Jamal yang mana kami menyanyikan lagu lama. Lagu ini pun dinyanyikan bagi memenuhi permintaan FMC Music. Seterusnya saya akan merakamkan single duet dengan Wani Syaz.

“Dalam masa sama saya juga sedang mencari komposer untuk menghasilkan single solo,” katanya.

BACA:

Dulu kerja kupas bawang je, sekarang dah jadi tokei popcorn terkenal, jualan juta-juta!

“Noktah!” – Tiada gabungan dengan PN, kata Rafizi

Lizzy dedah aksi cium pelakon lelaki dalam filem Abang Long Fadhil 3 adalah ‘real’