Video budak kena paksa setubuh dengan kucing tersebar, akhirnya meninggal sebab murung. Tular baru baru ini,video seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dipaksa oleh rakan-rakannya supaya melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kucing. Lebih mengejutkan aksi tersebut dirakam oleh mereka sebelum ianya tersebar di media sosial.
Lebih kesal lagi apabila kanak kanak tersebut meninggal dunia akibat kes buli tersebut.
Memetik laporan berita CNN Indonesia, kanak-kanak yang menjadi mangsa buli itu mengalami kemurungan melampau sehingga tidak mempunyai selera untuk makan dan minum susulan video aksi itu tersebar.
Pengalaman hitam yang menimpa mangsa, ibu bapa mangsa mendakwa keadaan kesihatan anak lelakinya itu kurang baik sehingga pada satu tahap dia mengalami kemurungan dan kerap termenung sorang sorang.
Beliau juga ada mengadu sakit tekak sehingga sukar untuk makan dan minum serta keadaan menjadi lebih teruk selepas kanak-kanak itu mengalami sawan.
Menurut ibu bapa mangsa, sebelum ini dia pernah bertanya kepada anak lelakinya itu mengenai video viral dan mengapa dia berbuat aksi demikian (setubuhi kucing), namun mangsa menjawab dia dipaksa dan dipukul oleh rakan sebayanya. Wanita ini mengakui sangat sebak dan terkilan selepas melihat video tersebut.
Mengikut laporan, Ketua KPAI Tasikmalaya Ato Rinanto di Indonesia mengatakan pihaknya kini sedang menghulurkan bantuan psikologi dan pemulihan kepada keluarga mangsa.
BACA:
Tular video wanita ‘belasah’ budak tengah makan dengan penyapu