CCTV dedah rakaman mirip Zalina Azman

CCTV dedah rakaman mirip Zaliza Azman

CCTV dedah rakaman mirip Zalina Azman. Polis mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dekat sebuah hotel di sini serta gambar dikatakan mirip bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak 29 November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, bagaimanapun wanita yang dirakam menerusi CCTV pada 18 Julai itu disahkan sebagai seorang gelandangan, bukan Zalina.

Menurutnya, rakaman daripada CCTV juga diperoleh daripada seorang pemilik kafe di Seksyen 9 yang sebelum ini mendakwa seorang wanita mirip gambar Zalina yang diuar-uarkan polis.

RAKAMAN video CCTV seorang wanita gelandangan yang didakwa kelihatan seperti Zalina Azman memasuki lobi sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, pada Isnin lalu.

“Pihak kami sudah semak dengan pekerja cafe tersebut dan dapati yang datang ke sana adalah gelandangan yang ditemukan di tasik Seksyen 2 (Tasik Shah Alam, Seksyen 14). Pada dua hari lepas saya jumpa di tasik tersebut.

CCTV dedah rakaman mirip Zalina Azman

“Semua (rakaman CCTV) adalah orang yang sama, bukan OH (Orang Hilang),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Zalina Shaharah Azman, 58, dilaporkan hilang oleh Polis Shah Alam yang menguar-uarkan makluman mengenai kehilangan bekas pengacara rancangan ‘Money Matters’ itu pada Isnin lalu.

Dalam laporan berkenaan, Zalina disifatkan berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan beralamat akhir di Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Mohd. Iqbal dalam satu kenyataan memaklumkan laporan kehilangan wanita itu telah dibuat keluarga sejak 29 November 2021 apabila anaknya dikatakan cuba menjejaki ibu untuk memaklumkan bapanya yang dimasukkan ke hospital.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan tiada laporan polis terbaharu dibuat oleh orang awam yang memberi petunjuk dalam pencarian graduan sarjana kewartawanan itu.

“Tiada, semakan dapati tiada mana-mana individu tampil membuat laporan polis. Betul, mereka (pemilik cafe dan hotel) tidak salah, sebaliknya berniat baik untuk membantu.

“Pihak polis memang mengalu-alukan ramai untuk menyalurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal turut memaklumkan keluarga Zalina kini tidak lagi tinggal di Shah Alam, walau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi terkini tempat tinggal mereka.

“Bukan Shah Alam, tetapi maaf saya tak dapat beritahu,” katanya.

BACA:

Saya dan Erra teruk kena fitnah! – Dato Awie

Pekerja kontrak kena buang selepas letak gambar PM dalam troli sampah

Rasa pelik, suami nekad tinggalkan isteri selepas beranak kembar buat kali ke 5

CATEGORIES