Tiz Zaqyah akhirnya perjelas siapa gerangan lelaki dalam bilik hotelnya yang tular. Pelakon, Tiz Zaqyah tampil memberi penjelasan selepas terdapat netizen yang memberi pertikaian terhadap video yang dimuatnaik di media sosial.
Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki yang tidak dikenali sedang menggosok (seterika) baju, manakala Tiz pula sedang lincah melakukan trend tiktok sambil menghempaskan tubuhnya ke atas katil di sebuah bilik hotel.
Netizen Persoal Tiz Berdua-duaan Dengan Lelaki Dalam Bilik Hotel
Walaubagaimanapun, video tersebut telah menjadi pertikaian netizen di ruangan komen yang mempersoal tindakan Tiz yang didakwa berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram.
Alhamdulillah Sudah Kahwin Pn….Selamat Brbulan Madu,Tu Yg Nk Hpy Semacam Je.
Respect Lah Laki Dia Gosokkan Baju. Aku Ni Bila Lah Nak Rajin Mcm Tu
Dahsyat Room Service Sampai Tlg Gosok Baju
Cantik Dia Skrg..Tp Syg..Makin Berumur, Makin Seksi… Smg Tiz Yg Cantik, Dpt Hidayah Cm Kwn Artis Lain..
Klau Dah Kahwin Elok Bgtau. Kalau Tak Kahwin. Takut Ramai Fikir Negatif. Kesedapan Sampai Terlompat
Nk Tnye….. Wardrobe Mmng Berdua Je Ke?… Campor Laki Pompuan Eh Tpy Mne Yg Lain?…Xkn Berlakon Dua Orng Je
“Dah Kahwin Belum Ni? Boleh Mendatangkan Fitnah Ni Dok Sebilik Dengan Lelaki.”
“Soalan..Betul Ke Tiz Dah Kahwin?.”
“Siapa Lelaki Tuu.”
“Bilik Makeup & Wardrobe Tempat Kita Bersiap..”
Tidak berdiam diri, Tiz menerusi ciapan yang sudah dipadam di Twitter menjelaskan bahawa bilik tersebut adalah bilik mekap dan wardrobe menjadi tempatnya bersiap.
“Bilik makeup and wardrobe tempat kita bersiap nyahh. Kau ghase? Them busuk hatis got the bait. HAHAHA seronok tengok si cel*ka sekalian ‘bertanya’.”-Ciapan Tiz