Pemuda bangga tunjuk resit bayar ratusan ribu di restoran, dakwa dah level Aeril Zafrel

Pemuda bangga tunjuk resit bayar ratusan ribu di restoran, dakwa dah level Aeril Zafrel

Pemuda bangga tunjuk resit bayar ratusan ribu di restoran, dakwa dah level Aeril Zafrel. Semenjak ekonomi di negara kita ni tak stabil, nak order makan guna food delivery pun kena fikir sampai dua tiga kali. Rata-rata kita yang marhaen memilih untuk masak sendiri di rumah, lebih jimat.

Namun tak semua golongan yang berasa terkesan dalam keadaan ini. Bagi mereka yang berkemampuan lebih, ada yang sanggup berhabis sehingga ribuan ringgit untuk mengisi perut yang lapar di restoran mewah.

Baru-baru ini, seorang lelaki bernama @banzai_zzz di TikTok telah memuat naik sekeping gambar resit yang menujukkan dia telah menghabiskan ribuan di sebuah restoran!

Berkongsi pengalamannya yang sangat ‘membanggakan’ itu secara tidak langsung membuatkan netizen yang menonton langsung tercengang dan terkejut!

Menerusi video yang dikongsi, terpapar enam makanan yang dipesan. Namun menu makanan di situ menunjukkan semuanya makanan Melayu, bukanlah hidangan fancy sehingga dicaj RM325,000.

Pemuda bangga tunjuk resit bayar ratusan ribu di restoran, dakwa dah level Aeril Zafrel

Menurutnya, sebelum ini tular berita mengenai pelakon Airel Zafrel yang telah menghabiskan RM10,000 di restoran. Hal itu dilaporkan oleh beberapa berita tempatan tapi perbelanjaannya yang mencecah 300K lebih itu tidak pula dikecohkan, malah mampu dibayar dengan santai.

Bagaimanapun, ketika meneliti resit, rupa-rupanya tempat yang dikunjungi merupakan sebuah restoran di Vietnam. Wajarlah lelaki itu boleh menghabiskan sehingga 300K kerana nilai mata wang diantara Malaysia dengan Vietnam sangat berbeza.

Sehingga kini, video tular berkenaan berjaya mencecah tontonan sebanyak 393.4 ribu dan mendapat 6738 tanda suka!

Apabila meneropong ke ruangan komen, ramai yang akui terkejut pada mulanya melihat harga makanan di resit berkenaan namun kembali ketawa setelah menyedari mereka tertipu oleh mata wang yang digunakan.

@banzai_zzz♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“itu baru rm90!😂😂😅😅”

“murah tu. sy minum kopi segelas je 75k 😌”

“ni klau xkenyang sampai Ramadan tahun depan tak taw la…”

BACA:

MB Negeri Sembilan bakal letak jawatan dalam masa terdekat?

Waspada rakyat Malaysia, data whatsapp anda dah dijual di platform antarabangsa

Tular video Faizal Tahir ajar mualaf lafaz Syahadah, sejuk hati tengok

CATEGORIES