Terpegun tengok Proton Perdana versi baharu ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa melihat lebih dekat Polester 2, model kereta elektrik yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo.
Dalam perkongsian di laman Facebook rasminya, bekas Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON) itu diiringi Pengerusi PROTON ketika ini, Datuk Seri Syed Faisal Albar melihat jentera elektrik berwarna putih dengan nombor pendaftaran WHX 2020.
“Pagi tadi DRB-Hicom telah perkenalkan sebuah kereta elektrik ‘Polestar 2’ kepada saya. Ini adalah sebuah kereta yang diusahakan oleh Geely, rakan usahasama PROTON.
“Saya difahamkan yang dengan sekali cas ianya boleh capai sehingga 400 kilometer (km). Sekali cas mencukupi untuk guna kereta ini seperti biasa. Bagi cas semula pula hanya perlu kurang dari 2 jam untuk dapat 100 peratus bekalan penuh.
“Jika cas gunakan kuasa elektrik di rumah, ia mengambil masa selama sekitar 7 jam. Tetapi sekarang ini tidak susah kerana sudah terdapat lebih 1000 stesen di seluruh negara, tidak timbul masalah untuk mengecas kenderaan di mana sahaja,” kongsi Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa melihat lebih dekat Polester 2, model kereta elektrik yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo. – Foto ihsan Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad
Menurut Dr Mahathir, dari aspek reka bentuk, kereta terbabit amat canggih l, manakala dalaman pula kemas dan futuristik, di mana segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ‘tablet’.
“Sudah tidak ada lagi suis atau tombol di dashboard seperti kereta biasa. “Saya harap pihak PROTON dapat majukan projek sebegini supaya satu masa nanti PROTON juga dapat keluarkan kereta elektrik tersendiri,” katanya.
Dr Mahathir berkata, kebanyakan negara, kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta elektrik, sekali Gus kenderaan terbabit bakal menjadi pilihan rakyat.
“Saya dapati di masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran. Namun kita perlu ingat walaupun kereta tidak cemarkan udara, bekalan elektrik yang datang dari stesen janakuasa juga mencemarkan udara.
“Kereta elektrik belum sampai lagi ke tahap bebas pencemaran udara. Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan,” katanya.
Sebelum ini timbul spekulasi yang berlegar di alam maya bahawa Polester 2 adalah model Proton Perdana baharu.
BACA:
Rupanya tiga tim. menteri yang baru dilantik ini adalah adik bekas menteri
MT Umno kecam Annuar Musa, “dia dah lama nak bakar rumah kita”
Sedih dapat tahu kisah sedih pakcik ni, dah berbulan tidur di tangga KLCC