Rupanya tiga tim. menteri yang baru dilantik ini adalah adik bekas menteri

Rupanya tiga tim menteri yang baru dilantik ini adalah adik bekas menteri

Rupanya tiga tim. menteri yang baru dilantik ini adalah adik bekas menteri. Tiga adik kepada bekas menteri antara yang dilantik sebagai timbalan menteri Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying adalah adik kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Hui Ying adalah Ahli Parlimen Tanjong dan menang selepas kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau menewaskan dua pencabarnya selepas meraih majoriti 28,754 undi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal adalah adik kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Rupanya tiga tim menteri yang baru dilantik ini adalah adik bekas menteri

Mohd Yusof sebelum ini adalah bekas Ahli Dewan Undangan Lahad Datu dan memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu pada PRU15 dan meraih 27,116 undi, meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 4,376.

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh pula adalah adik kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor adalah anak ketiga bekas pemimpin DAP, Karpal Singh.

Pada PRU15, beliau memenangi kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan majoriti 63112 undi.

BACA:

MT Umno kecam Annuar Musa, “dia dah lama nak bakar rumah kita”

Sedih dapat tahu kisah sedih pakcik ni, dah berbulan tidur di tangga KLCC

Cinta Gegar Vaganza: Fuad dan Tom akui rancang untuk nikah

CATEGORIES