Terkini : Najib pecat Shafie Abdullah sebagai peguam bela. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada Tetuan Shafee & Co diberhentikan daripada mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Memetik Berita Harian, perkara itu dimaklumkan oleh Najib melalui sepucuk surat kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.
Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamed Shafee bin Mohamed Abdullah merupakan seorang peguam terkemuka di Malaysia.
Beliau mula berkhidmat sebagai peguam pada 26 April 1985. Beliau pernah menjadi timbalan pendakwa raya sebelum berpindah ke sektor swasta, dilantik oleh Abdul Gani Patail pada 11 Julai 2014 mengetuai barisan pendakwaan dalam kes Liwat II Anwar Ibrahim.
Shafie Abdullah sebelum ini juga merupakan peguam utama Najib dalam kebanyakan kes.
Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh firma guaman Tetuan Shafee & Co melalui sepucuk surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara kepada pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.
Melalui surat itu, Tetuan Shafee & Co menyatakan bahawa firma guaman itu menerima surat daripada Najib pada jam 5 petang semalam yang memberhentikan Muhammad Shafee dan peguam cara lain daripada firma berkenaan dengan serta merta daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes SRC International.
Menerusi surat yang sama, firma itu menyatakan bahawa Najib memaklumkan yang beliau telah melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguamcara baharu.
BACA:
Didakwa terima wang UKSB RM2.6 juta, akhirnya Tun M buka mulut
Wanita terkejut tahu ada wang tak dituntut RM12,000, cuba anda pula periksa
Kepala Ular muncul dalam hidangan kapal terbang buat pramugara panik