Tak sangka ini jawapan TMJ selepas Hannah Yeoh tweet sebut namanya. Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah membeli kanvas baharu bagi menutup permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur ketika cuaca hujan.
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi hantaran di laman Twitternya.
Tangkap layar hantaran Hannah di Twitter.
Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut komited membawa penambahbaikan fasiliti bagi sektor sukan di negara ini.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang pernah meminjamkan kanvas padang di SNBJ.
“Menjunjung kasih kepada @HRHJohorII yang meminjamkan kanvas padang sebelum ini. Terima kasih sukarelawan Satria @JBS_Negara,” tulisnya.
Memberi respons ke atas ciapan Hannah, TMJ terbuka hati mengalu-alukan perkara tersebut.
Tangkap layar maklum balas TMJ terhadap ciapan Hannah.
“Seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat kita baru-baru ini, saya yakin dengan dedikasi dan komitmen anda, akan ada masa depan yang lebih baik untuk sukan, acara sukan dan fasiliti sukan.
“Lebih banyak berita baik untuk peminat sukan pada masa akan datang,” tulisnya yang juga pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT).
Pada 24 Disember lalu, permukaan padang SNBJ dijaga rapi ketika skuad kebangsaan menentang Laos, pada aksi kedua Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Ia selepas TMJ berkenan meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang stadium tersebut.
Pada Jun tahun lalu, kontroversi melanda apabila petugas SNBJ menggunakan penyodok sampah untuk mengaut air hujan yang bertakung di padang stadium berkenaan, semasa perlawanan Piala Asia 2022 ketika Malaysia menentang Bahrain hingga gambar-gambar insiden itu tular.
BACA JUGA :
Harga umrah bersama Neelofa jadi pertikaian netizen, “confirm masuk syurga ni!”.
Dakwa pilih Aliff sebab ada McLaren, tersentak dengar jawapan Fatin Afeefa