Dakwa pilih Aliff sebab ada McLaren, tersentak dengar jawapan Fatin Afeefa

Dakwa pilih Aliff sebab ada McLaren, tersentak dengar jawapan Fatin Afeefa

Dakwa pilih Aliff sebab ada McLaren, tersentak dengar jawapan Fatin Afeefa. Pelakon filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa, 28, mengaku tertarik kepada teman hidupnya, Aliff Awang bukan disebabkan kekayaan dimiliki suaminya itu.

Fatin mendakwa selepas bercerai buat kali kedua kira-kira lima tahun lalu, soal kekayaan jejaka yang mahu menjadi pengganti jatuh nombor dua, biarpun mengaku sudah biasa didekati lelaki berharta.

“Saya berkawan dengan awak (suami) kerana ketampanan dan wajah comel awak.

Dakwa pilih Aliff sebab ada McLaren, tersentak dengar jawapan Fatin Afeefa

“Bagi saya, kekayaan jatuh nombor dua, lagipun awak bukanlah lelaki kaya pertama yang mendekati saya,” katanya sebagai balasan kepada pertanyaan diajukan Aliff melalui hantaran dimuat naik di Instagram (IG).

Terdahulu, Aliff atau lebih dikenali sebagai Otai dalam kalangan teman-teman bertanya kepada Fatin mengenai faktor dirinya tertarik memilihnya sebagai suami.

Aliff dan Fatin bernikah pada 30 Disember lalu dengan sekali lafaz pada majlis yang dianjurkan di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.

Pernikahan pasangan itu mencuri perhatian apabila jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang menata rias pengantin perempuan pada malam itu, berkongsi foto Fatin dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Bulan lalu, Fatin memberi bayangan sudah bergelar tunangan orang.

Melalui hantaran IG Story, Fatin berkongsi video yang memaparkan majlis sarung cincin antara dua wanita tanpa menunjukkan wajah, seakan-akan majlis merisik atau bertunang.

Fatin pernah berkahwin dengan pelakon drama bersiri Juvana, Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Namun, mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Arrasophia yang berusia tujuh tahun.

Melalui perkahwinan pertama, Fatin memiliki seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian yang berusia 10 tahun.

BACA JUGA :

Dah 4 tahun PJJ, whatsapp bini pun aku jarang balas, tak sangka dia buat aku macam ni

Ibu jalin hubungan sulit dengan menantu sendiri tampil mohon maaf

Kos buat makin mahal, harga rumah dijangka naik mendadak 2023 ini

CATEGORIES