‘Tak makeup pun sebijik Lisa Surihani’ – muka wanita ini jadi bualan netizen. Video Seorang Wanita Yang Wajahnya Begitu Mirip Seperti Datin Lisa Surihani Sedang Buat Tutorial Makeup Curi Perhatian Warganet. Memang Seiras Sangat, Patut Ramai Yang Confuse, Sebijik Sama !!
Sememangnya Datin Lisa Surihani membuatkan ramai orang terpegun dengan kecantikan semula jadi yang dimilikinya. Lebih-lebih lagi sekarang penampilan terbaru Datin Lisa yang begitu sopan juga mendapat pujian ramai.
Meninjau di akaun Instagram caryacosmetics telah berkongsi satu video seorang wanita sedang membuat tutorial makeup seperti wajah Datin Lisa Surihani sempena hari raya baru-baru ini. Video tersebut telah menarik perhatian warganet.
Wajah wanita itu sebelum makeup sudah pun kelihatan seperti Datin Lisa. Gaya dan cara pandangan matanya saling tak tumpah seperti Datin Lisa seolah dirinya adalah kembar kepada Datin Lisa. sehinggakan ramai yang menyangkakan Datin Lisa yang membuat tutorial makeup itu.
Namun tidak dikongsikan nama wanita itu di kapsyen dan menjadi tanda tanda siapakah gerangannya. Sehingga kini video toturial makeup tersebut telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Lihat siaran ini di Instagram
Di ruangan komen, ramai yang mengakui wajah gadis dalam video begitu mirip seperti Datin Lisa Surihani. Antara komen-komen warganet adalah :
” Mas4lahnya dia tak makeup pun dah macam Lisa Surihani, sebiji weh. Komfius kejap aku tengok, hehe.. “
” Laaaaaaa mat12 igt Lisa Surihani, baca komen baru tahu bukan Lisa Surihani lah. Sama betul wajah dia.. “
” B4 make up pon dah sebiji muka macam Lisa dan dia pon secantik Lisa Surihani. Apa ig girl ni, nk tengok lah.. “
” Tulah Lisa ke bukan Lisa, pen1ng tengok hahaha. Tapi tengok muka Lisa Surihani, lain orang ke ni.. “
” 99.99 muka Lisa sgt lah. Cara dia pandang kamera fon pun dah sebiji, gaya lembut tu sama sebiji, sopan sangat.. “
” Kalau cakap kembar Datin Lisa Surihani pun orang percaya, sebab c0py paste betul lah wajah gadis ni dgn Datin Lisa Surihani.. “
” Cantik nyaa sama muka dgn Lisa Surihani, tak makeup lg muka dah macam Lisa. Igtkan mmg Lisa tengok balik berkali2.. “
Betul lah ada iras wajah Datin Lisa Surihani, cantik dan manis sungguh wanita ini. Patut lah ramai yang memujinya. Ada yang berpendapat yang kita mempunyai 7 orang wajah yang sama atau seakan sama di dunia. Apa-apa pun terpulanglah kepada kita sama ada hendak percaya kepada kata-kata itu atau pun tidak.
BACA:
Kos ‘makeup’ mahal, punca pengantin lelaki tak hadir majlis kahwin
Hasil ‘make-up’ Mak Andam ni next level punya, “punyalah confident..”
“Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..”, ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni