“Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..”, ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni

“Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..”, ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni. KATA orang kanak-kanak tak pandai men1pu. Apa yang dilihat, itulah yang akan diluahkan dengan kata-kata.

Situasi itu dilihat berlaku terhadap seorang guru tadika swasta apabila dia dipuji oleh anak-anak muridnya kerana kelihatan cantik dan comel.

Lebih menarik, pujian itu turut disokong oleh ramai netizen di TikTok selepas guru dikenali sebagai Suraiya Han, 23, itu berkongsi video di platform berkenaan.

“Betul cakap anak murid tu, cantik!” kata seorang pelayar TikTok.

"Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..", ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni

Menurutnya yang senang disapa Suraiya atau Cikgu Su, dia merupakan seorang guru yang mengajar murid-murid berusia lima tahun di sebuah tadika swasta di Muar, Johor.

“Video tu saya rakam pada 18 April lalu. Kalau ada masa lapang saya akan record outfit yang dipakai pergi kerja. Tapi pada hari tu, tak sangka pula masa tengah buka mask sambil tengok camera tu murid-murid tengah pandang saya.

“Tambahan pula waktu saya baru siap solat Asar, jadi saja bersiap-siap makeup sikit.

“Tiba-tiba ada seorang murid perempuan puji saya. Mungkin kebetulan pancaran matahari terang petang tu jadi lagi jelas nampak muka saya bersiap cantik-cantik.

“Ada sorang murid lelaki yang berdekatan saya pun puji juga,” ceritanya ketika dihubungi mStar.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)


Selain posting berkaitan penampilan, Suraiya turut kerap berkogsi tentang kucing di TikTok.

Namun kata Suraiya, bagaimanapun dia faham pujian spontan anak-anak muridnya itu juga sebagai tanda terima kasih kerana membenarkan mereka bermain di ruangan permainan sebelum dijemput ibu bapa masing-masing.

“Sebenarnya bukan saya dipuji sebab berhiasa dan make-up sahaja. Kalau nak tahu mereka dah lama tak main di taman permainan luar kelas tu sebab c0v1d-19.

“Setiap hari lepas makan petang mesti akan ditanya ‘cikgu harini main playground tak?’. Jadi petang tu saya tunaikan permintaan mereka main dekat luar sementara tunggu mak ayah ambil.

Kadang tu ada yang datang peluk siap puji wangi dan cakap saya cantik macam ibu mereka.

“Itu yang mereka seronok sampai puji-puji saya sebagai tanda terima kasih,” ujarnya.

Kata graduan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak ini lagi, dia sangat senang hati dengan kerjaya pilihannya iaitu sebagai guru tadika.

Ujarnya, keletah anak-anak didiknya ini merupakan salah satu sebab dia mahu berhias setiap hari untuk ke sekolah.

Sebagai guru Suriaya sangat menjaga imejnya agar sentiasa cantik dan kemas.

“Momen paling seronok ialah saya disambut oleh mereka apabbila sampai tadika. Ada yang teruja sampai keluar kepala dekat tingkap punyalah seronok.

“Kadang tu ada yang datang peluk siap puji wangi dan cakap saya cantik macam ibu mereka. Biasanya yang buat macam tu murid paling nakal tapi suka buat baik dan manja dengan saya,” katanya.

Tambah Suraiya yang memiliki lebih 23,000 pengikut di TikTok, dia menggunakan platform berkenaan sekadar mengisi masa lapang.

Sebagai guru dia juga sedar tentang etika dan batas penggunaan media sosial di sekolah termasuk tidak mended4hkan para pelajarnya untuk dijadikan kandungan media sosial.

"Ni Cikgu Tadika ke Bidadari..", ramai ayah berebut nak hantar anak ke tadika ni

Suraiya sangat meminati bidang pendikan awal kanak-kanak.

“Akaun TikTok ni saya guna untuk isi masa lapang. Biasanya saya post video-video kucing. Sebelum ni ada je rakam video-video waktu lapang masa di sekolah tapi tak upload cuma baru-baru ni saja nak simpan buat kenangan dekat TikTok tapi tak sangka pula boleh viral.

“Bagi saya, sesiapa pun boleh je guna TikTok, asalkan dengan cara betul.

“Bekerja sebagai guru tadika, penampilan semestinya kena kemas. Itu salah satu sebab saya rakam video-video outfit setiap hari bila berkelapangan,” katanya.

BACA JUGA :
Viral video cikgu denda pelajar hantuk kepala ke dinding 100 kali
Semua salah cikgu, sebab cikgu mak ayah buang aku
Cikgu bengang anak murid mengemis, bila ditanya jawapannya buatkan darah menyirap

TONTON :

CATEGORIES