Sumber sahkan Anwar menghadap Agong petang ini, cukup majoriti jadi PM. Dilapor cukup Majoriti Mudah.
PH 82
BN 26
Warisan 3
Bebas 2
PKDM 1
PBM 1
Total= 115 kerusi.
DS Anwar akan mengadap YDPA 2 petang ni.
Memetik dari BH Online, sifir pembentukan kerajaan baharu itu dipercayai menggabungkan 82 kerusi dimenangi PH bersama 26 daripada 30 wakil BN, diikuti Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Parti Bangsa Malaysia, masing-masing satu kerusi.
Desas-desus itu bertiup kencang selepas kepemimpinan BN dan PH berbincang di sebuah hotel di ibu negara, semalam.
Pertemuan semalam dikatakan gagal mencapai kata sepakat selepas beberapa wakil rakyat dari BN menentang kerjasama berkenaan.
BACA:
BN tak namakan calon PM, serah pada Agong buat keputusan -sumber
Trend solekan ‘Thailand style’ makin popular, nampak gebu dan natural