Trend solekan ‘Thailand style’ makin popular, nampak gebu dan natural

Trend solekan Thailand style makin popular nampak gebu dan natural

Trend solekan ‘Thailand style’ makin popular, nampak gebu dan natural. Trend solekan Thai kini sedang menjadi ikutan kerana hasilnya yang natural serta mudah untuk diaplikasikan. Ramai beranggapan ciri-ciri solekan Thai lebih kurang sama dengan solekan Korea. Tetapi jika dilihat lebih dekat, ia sebenarnya sangat berbeza.

Kami kongsikan beberapa perbezaannya:-

Satin Finish

Solekan Nampak Gebu, Natural Macam Selebriti Thailand. Boleh Cuba 7 Teknik Mudah Ini

Jika solekan Korea mempunyai kemasan dewy, solekan Thai pula mempunyai kemasan seperti satin. Wanita Thailand memilih untuk memakai asas separa matte untuk menghasilkan kulit wajah yang maksimum.

Trend solekan 'Thailand style' makin popular, nampak gebu dan natural

Untuk kesan yang sempurna dan bercahaya, mereka menambah highlighter pada beberapa titik wajah. Hasilnya, sudah tentulah cantik tanpa cela!

Kening Tebal

Solekan Nampak Gebu, Natural Macam Selebriti Thailand. Boleh Cuba 7 Teknik Mudah Ini

Hujung kening sengaja dibuat sedikit ke atas untuk memberi kesan menawan dan anggun. Bentuk kening yang tebal tetapi tidak terlalu padat ini serupa dengan trend kening Korea. Teknik yang diaplikasikan dalam solekan kening ini memberikan kesan yang natural dan tidak keterlaluan.

Solekan Mata Yang Tegas

Solekan Nampak Gebu, Natural Macam Selebriti Thailand. Boleh Cuba 7 Teknik Mudah Ini

Wanita Thailand memilih solekan mata smokey untuk menjadikannya kelihatan lebih hidup. Manakala pilihan warna pembayang mata kebanyakannya warna lembut. Untuk kesan yang lebih menarik, kebiasaannya mata akan ditambah dengan bulu mata palsu dengan ketebalan yang sederhana agar kelihatan asli dan natural.

Untuk celak pula, kebanyakannya membentuk mata yang nipis untuk kesan yang lebih lembut dan tidak terlalu tajam.

Blush On Yang Samar-Samar

Solekan Nampak Gebu, Natural Macam Selebriti Thailand. Boleh Cuba 7 Teknik Mudah Ini

Sama seperti solekan Korea, solekan Thai untuk pembayang pipi agak ringan. Kebanyakan mereka memulakan pemerah pipi mengikut bentuk tulang pipi dan disapu ke atas arah pelipis. Cara sapuannya lembut dan perlahan supaya hasilnya nampak samar-samar dan flawless.

Kontur Pada Hidung

Solekan Nampak Gebu, Natural Macam Selebriti Thailand. Boleh Cuba 7 Teknik Mudah Ini

Solekan wanita Thailand dan kontur sememangnya tidak boleh dipisahkan. Mereka memakai kontur pada hidung untuk memberi kesan yang lebih tajam atau mancung.

Solekan Bibir Penuh

Solekan Nampak Gebu, Natural Macam Selebriti Thailand. Boleh Cuba 7 Teknik Mudah Ini

Trend solekan Thai kebanyakannya lebih berkiblatkan kepada solekan Barat. Mereka selesa dengan bentuk bibir yang penuh dan merona. Untuk itu, mereka sering memakai lipstik melebihi garis bibir. Maka, bibir akan terlihat tebal dan penuh. Jika anda mahu mencubanya, boleh menggunakan lip pencil dan sempurnakannya dengan lip matte atau lip gloss.

Highlighter Sebagai Sentuhan Glowing

Solekan Nampak Gebu, Natural Macam Selebriti Thailand. Boleh Cuba 7 Teknik Mudah Ini

Untuk kesan yang berseri, wanita Thailand sering memakai highlighter di kebanyakan titik wajah. Selalunya bahagian yang disapu dengan highlighter adalah di bawah kening, tulang pipi dan hidung untuk kesan bibir yang lebih menyerlah.

BACA:

Khabar angin GPS tarik diri sokong Muhyiddin bertiup kencang

Presiden MCA nafi mesyuarat dengan pemimpin PH di Hotel Seri Pacific KL

Kerajaan PH-BN dibentuk di Pahang dan Perak

CATEGORIES