Suami minta isteri T20 sponsor dirinya nak nikah lain, ‘tak sedar diri punya jantan!’. Mendirikan rumah tangga adalah sesuatu perkara yang digalakkan dalam Islam
Ia bagi mengelakkan maksiat yang berlaku antara kedua-dua belah pihak. Namun, kita juga harus bersedia dari pelbagai segi sebelum mendirikan rumah tangga.
Tambahan lagi, jika seseorang itu mahu berpoligami, banyak perkara yang perlu dirinya ketahui sama ada adakah dia mampu dari segi zahir dan batin, dan tentunya mendapat reda dari isteri pertama.
Tular baru-baru ini, sebuah video memaparkan beberapa keping screenshot seorang lelaki yang ingin berkahwin lagi dan meminta duit daripada orang sekeliling telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tunggang selagi boleh tunggang. Dasar kel….
Kesian isteri dapat laki macam ni. Dasar tak sedar diri. pic.twitter.com/gSZAYaynED— 🏴 ӄɢ (@kertasgraf) October 4, 2022
Ada hati nak kahwin lagi, tapi minta orang lain ‘sponsor’
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna Twitter berkongsi sebuah video memaparkan perbualan di antara seorang lelaki bersama isteri pertama dan ahli keluarganya.
Difahamkan, lelaki itu mahu menikahi seorang lagi dan telah menggunakan agama sebagai modal untuk dia meraih simpati.
Malah, dia juga dengan tidak segan silu siap meletakkan berapa jumlahnya yang mereka boleh beri buat majlis kahwinnya nanti.
Dalam pada itu, ada juga pengguna yang berkongsi video sambungan dengan menunjukkan lelaki itu telah pergi ke mahkamah untuk mendapatkan kebenaran berpoligami dan meluahkan rasa bangga kerana dipuji.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Sakitnya hatikuuuu dengar jawapan dia 🙂 pic.twitter.com/am4WreLEjY
— Hazel Marıa_ (@hazelmaria_) October 4, 2022
“Awak cuma mampu 1 je, mampu menjadi b#d#h” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dan marah mereka kepada lelaki tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 340.2K views, 4,158 quotes tweets dan 6,059 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
BACA:
Makin panas! Ini pesanan padu TMJ pada Sanusi
Sultan Selangor dukacita dengan komen netizen
Tya Arifin kena kecam buat ‘aksi panas’ atas katil, “siap baring tu..”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio