Suami hilang ketika isteri sedang nazak buat doktor resah, sekali jumpa di surau..

Oleh INFORAKYAT

Suami hilang ketika isteri sedang nazak buat doktor resah, sekali jumpa di surau. KISAH suami setia hingga hujung nyawa jarang diperkatakan.

Melihat seorang pakcik yang khusyuk membaca surah di balkoni surau di sebuah hospital mengimbas kembali ingatan seorang doktor mengenai seorang pesakit yang sedang nazak.

Menerusi satu perkongsian, Dr Yazeed Hair Johari memberitahu, peristiwa tersebut berlaku di sebuah hospital di Johor ketika beliau mengendalikan wad wanita.

Menurutnya, seorang pesakit yang dipanggilnya Makcik Maimun (bukan nama sebenar) menghidap kanser usus sekali gus kerosakan buah pinggang tahap empat.

“Keadaan Makcik Maimun memang boleh dikatakan hanya tinggal 10 peratus sahaja dari survival rate. Semua bacaan darah tak cantik, apatah lagi fungsi organnya yang agak teruk.

Suami hilang ketika isteri sedang nazak buat doktor resah, sekali jumpa di surau..

“Masa tu ramailah ahli keluarga Makcik Maimun datang melawat memandangkan pernafasannya pun dah makin merosot. Badan dan mukanya mula membengkak, dah tak seperti dahulu.

“Aku pun terpaksa maklum pada ahli keluarga tentang keadaan Makcik Maimun dan juga status DIL (Death in Line), maknanya harapan tipis dan risiko untuk meninggal dalam masa terdekat itu adalah tinggi,” tulisnya di Facebook.

Dr Yazeed kemudian ke surau untuk solat dan ternampak seorang pakcik duduk di hujung anjung surau, menangis sambil memegang al-Quran dan kedengaran tersesak-sesak membaca surah.

“Aku pun terus berjalan ke arah pakcik tu, duduk di sebelah dia. ‘Assalamualaikum, pakcik okay?’ Pakcik tu mengangguk sambil mengelap air matanya.

“Kenapa pakcik menangis ni? Pakcik tengah sedekahkan surah kepada orang rumah (isteri) pakcik. Dia tengah nazak,” katanya memetik perbualannya bersama lelaki yang dipanggil Pakcik Karim (bukan nama sebenar), yang juga suami Makcik Maimun.

Namun timbul tanda tanya ke mana Pakcik Karim ‘menghilang’ sewaktu dia memberi penjelasan mengenai keadaan kesihatan Makcik Maimun kepada ahli keluarga.

“Pagi tadi pakcik dah tengok Makcik Maimun. Pakcik tahu dia macam tak boleh bertahan lama. Pakcik kasihan tengok dia macam terseksa.

“Kalau doktor tak terangkan pun, pakcik boleh rasakan,” jawab Pakcik Karim.

Berkongsi cerita, Pakcik Karim memaklumkan dia dan Makcik Maimun telah mendirikan rumah tangga selama lebih 40 tahun.

“Dia la kawan baik pakcik, teman segala-galanya. Teman makan minum, berjalan, ke pasar, ke hsopital, teman bergaduh. Pakcik tak tahu macam mana hari esok tanpa Makcik Maimun,” kata Pakcik Karim sambil menangis.

Hargailah pasangan, ahli keluarga anda sementara mereka masih hidup kerana suatu hari nanti kita kena belajar melepaskannya juga.
DR YAZEED HAIR JOHARI

Luahan itu membuatkan Dr Yazeed terdiam, dan hanya mampu menepuk bahu Pak Karim sambil memaklumkan dia berusaha untuk merawat, dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

“Sebelum aku sempat bangun dan beredar, Pakcik Karim menggenggam tangan. Terima kasih doktor selama ni jaga Makcik Maimun tu dari follow up klinik sampailah dia nazak dalam wad’. Balas Pak Karim menggenggam tangan aku seerat-eratnya sambil menangis dan sebelah tangannya menepuk tangan aku berkali kali.

“Pak Karim teruskan sedekah bacaan surah buat Makcik Maimun ya. Saya pulang ke wad dulu untuk tengok keadaan Makcik Maimun.

“Baiklah doktor. Inilah bacaan terakhir yang saya boleh bacakan sementara dia hidup. Kalau dia dah tak ada nanti, pakcik akan terus sedekah bacaan surah pada Makcik Maimun,” ujar Pakcik Karim mengenai isterinya yang sedang bertarung nyawa.

Dr Yazeed berkata, dia dapat merasai kesedihan Pakcik Karim mengenangkan isterinya yang bersama dengannya sekian lama akan pergi untuk selamanya.

“Aku pun terfikir juga masa tu. Suatu hari nanti, aku juga akan berada di tempat Pak Karim dan merasa apa yang Pak Karim rasakan.

“Duduk di satu sudut, berbekalkan al-Quran membacakan ayat suci sebagai penguat untuk pasangan. Kita semua takkan terlepas dari kematian, sama ada aku yang membacakan surah untuk pasangan aku suatu hari nanti atau pasangan aku yang akan membacakan surah untuk aku suatu hari nanti.

“Kita semua bakal melalui saat itu. Hargailah pasangan, ahli keluarga anda sementara mereka masih hidup kerana suatu hari nanti kita kena belajar melepaskannya juga.

“Malam tu selepas Isyak, Makcik Maimun menghembuskan nafasnya buat kali terakhir dan saat itulah kali terakhir Pak Karim memeluk teman hidupnya itu,” tulis Dr Yazeed di Facebook.

BACA:

Dikatakan wajah iras Fazura, gadis idam jumpa depan-depan

Geram tak dapat ‘bincang’ pasal saman, tukan meter kantoi cuba potong elektrik balai polis

Jay Iswazir cerita hal sebenar selepas Lizzy akui buat aksi cium dengannya