Dikatakan wajah iras Fazura, gadis idam jumpa depan-depan

Dikatakan wajah iras Fazura gadis idam jumpa depan depan

Dikatakan wajah iras Fazura, gadis idam jumpa depan-depan. RAUT wajah lembut seorang wanita persis pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura mencuri perhatian warga maya.

Itu berikutan baru-baru ini tular video wanita dikenali @Elle Fara, yang dikatakan memiliki wajah dan suara mirip selebriti terkenal tanah air.

Pun begitu, empunya diri yang bernama Ellya Farahanny Ridzuan itu tidak menyangka dirinya tiba-tiba tular.

Malah, perkara itu turut disedari oleh Fazura yang turut meninggalkan komen pada video TikTok milik wanita berkenaan dan menyapa Elle sebagai ‘kembarnya’.

Menerusi perkongsian video-videonya di aplikasi kegemaran ramai itu, dibahagian komen dibanjiri dengan mengatakan dia mirip Fazura bukan sahaja dari segi wajah namun gaya dan suara yang hampir sama.

Dikatakan wajah iras Fazura, gadis idam jumpa depan-depan

Selain itu, Elle menjelaskan dia sering mendapat maklum balas sebegitu daripada orang ramai.

Kata Elle, dia terkejut apabila pengikutnya di aplikasi TikTok naik mendadak dalam satu hari sahaja serta mengakui tidak biasa dengan perhatian diterimanya.

@officialellefara Replying to @aqufai ♬ original sound – Elle Zack Steak – Elle Fara

Ujarnya lanjut, dia terkejut dan gembira sebab ada ramai ‘followers’. Namun pada masa sama turut berasa takut memandangkan netizen masing-masing ada pendapat berbeza.

Namun secara jujurnya, dirinya tidak biasa dengan ‘exposure’ seperti itu tetapi bersyukur dan cuba untuk membiasakan diri.

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, pada mulanya dia tidak menyedari memiliki wajah seiras Fazura sehingga ditegur oleh rakan-rakannya.

Dalam pada itu, wanita itu juga menganggap persamaan tersebut sebagai anugerah ALLAH SWT serta penghargaan orang ramai.

Kisahnya itu membuatkan ramai warga maya yang mengakui bukan sahaja rupa tetapi suara pun sama dengan Fazura.

Ujar mereka;

“Suara sama, gigi sama, bentuk bibir sama, cara cakap sama.”

“Ya ALLAH sama sangat macam kembar Fazura weh! Fazura kena tahu ni kami nak Fazura duduk sebelah you.”

“Aku repeat 2 kali ni video baru perasan yang dia bukan Fazura. At first memang aku yakin dia ni Fazura.”

“Subhanaallah… sebijik Fazura. Betullah dalam dunia ni ada 7 orang wajah serupa kita.”

“Dari dulu dah bagitau kan. Muka sama macam Fazura. Btw akak cantik dari zaman sekolah lagi.”

BACA:

Khairulaming punya pasal, nasi lemak bang sudu kena serbu

Pegawai Kanan anak syarikat Selangor ditahan SPRM, libat projek RM1.7 juta

Kerajaan umum cuti peristiwa

CATEGORIES