Suami durjana..tolak isteri yang sedang hamil dari tebing tinggi. Rancangan jahat seorang suami yang membunuh isterinya dengan menolak wanita itu dari tebing tinggi bagi mendapatkan duit insurans nyawa bernilai AS$40,000 (RM188,898) tidak kesampaian apabila dia dihukum penjara seumur hidup.
Mahkamah Tinggi Fethiye di selatan Turkiye kelmarin memutuskan, Hakan Aysal, 40, perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun sebelum dipertimbangkan untuk dibebaskan.
Mahkamah itu sebelum ini mendakwa Hakan menolak isterinya, Semra yang ketika itu sarat hamil tujuh bulan dari tepi tebing setinggi 304 meter di Butterfly Valley pada Jun 2018.
Sebelum melakukan jenayah itu, Hakan mengajak isterinya yang takutkan ketinggian ke hujung tebing dan berpura-pura mengambil swafoto sebelum menolaknya ke bawah.
Polis mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kes kematian Semra selepas Hakan cuba menuntut polisi insurans isterinya, beberapa hari selepas wanita itu terbunuh dan menahan lelaki tersebut bagi membantu siasatan.
Hakan pada mulanya menafikan pendakwaan tersebut dan cuba mengelak tindakan undang-undang dengan menyatakan dia mengalami masalah mental.
Namun, usahanya gagal apabila pakar kesihatan mengesahkan lelaki itu waras ketika membunuh isterinya.
Seorang saksi yang merupakan pemandu teksi menceritakan, selepas menolak isterinya, Hakan menahan teksinya untuk memaklumkan isterinya terjatuh dari tebing.
Namun, lelaki itu tidak menyertai pasukan keselamatan dan penduduk setempat mencari mayat isterinya.
Seorang lagi saksi memberitahu, mereka merakam video pemandangan skeitar tebing itu dan ternampak Hakan ‘menarik’ Semra ke hujung tebing.
BACA JUGA:
Ini jawapan Dr Amalina bila disoal pantang ikut kaedah tradisional
Reka bentuk Chery buat rakyat Malaysia tak keruan, “kalah Honda HRV ni!”