Stadium baru Shah Alam lebih kecil, hanya muat 35,000 orang sahaja

Oleh INFORAKYAT

Stadium baru Shah Alam lebih kecil, hanya muat 35,000 orang sahaja. Stadium ikonik negara, Stadium Shah Alam sah bakal dirobohkan dan diganti dengan stadium lebih kecil dengan kapasiti 35,000 tempat duduk.

Memetik laporan dikeluarkan SinarHarian, Pengarah Urusan MRCB, Mohd Imran Muhamad Salim menjelaskan bahawa pembangunan baru ini meliputi pembinaan stadium baharu dengan kapasiti kira-kira 35,000 tempat duduk, pusat komersial, masjid, taman permainan dan trek jogging.

“Seperti yang kita ketahui, stadium berkenaan dibina puluhan tahun dahulu untuk tujuan tertentu dan sekarang ini venue berkenaan dibina semula dengan memastikan ia dapat menangani masalah banjir yang kerap melanda di kawasan itu.

Stadium baru Shah Alam lebih kecil, hanya muat 35,000 orang sahaja

“Kita akan membina semula stadium supaya lebih efisien dengan kos penyelenggaraan minimum selain turut memastikan terdapat banyak kemudahan di kawasan berkenaan.

“Stadium perlu dirobohkan dan akan dibina baharu. Hanya rekabentuk atap saja dikekalkan manakala binaan lain adalah baharu,” katanya pada sesi taklimat pembangunan KSSA di Shah Alam, pada Jumaat.

Stadium Shah Alam sebelum ini ditutup pada tahun 2020 selepas mengalami masalah bumbung yang rosak selain mengalami kerosakan teruk dibeberapa bahagian lain.

BACA:

Nuha Bahrin teruk kena kecam suara kartun, netizen bongkar video lama

Agihan pendapatan 3.75 sen seunit – ASM 3

Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan