Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan

Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan

Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan. Kerajaan menfailkan notis usul untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM156,500, sebuah banglo, kereta dan kedai pejabat milik seorang lelaki yang didakwa sebagai rakan sekutu ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low iaitu Casey Tang Keng Chee.

Keng Chee yang juga bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan melarikan diri ke luar negara dan masih belum dikesan oleh pihak berkuasa.

Notis usul itu difailkan melalui Pendakwa Raya tahun lalu bagi menuntut harta berkenaan mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan

Ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan serahan dokumen kepada pihak ketiga dijalankan pada 12 Oktober depan.

Kerajaan selaku plaintif diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous.

Pada 5 Mei 2021, Sinar Harian melaporkan, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Keng Chee membayar cukai pendapatan RM6,779,852.36 kepada kerajaan Malaysia selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman difailkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

BACA:

Culas bayar sewa, pemuda ni siap pakai hadis tutup kesalahan elak kena halau tuan rumah

Najwa Latif anggap dirinya tak cantik, tak layak sertai pertandingan nyanyian

Mereka semakin berani…fashion show di perkarangan masjid pula

CATEGORIES