Sharifah Rose akui masih single, teringin nak jadi isteri orang

Oleh INFORAKYAT

Sharifah Rose akui masih single, teringin nak jadi isteri orang. Pelakon Sharifah Rose, 24, mengakui teringin berkahwin, namun hingga kini dia masih solo dan belum mempunyai kekasih hati kerana terlalu sibuk dengan karier.

Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira berkata kesibukan bekerja di lokasi penggambaran membuatkan dia juga tiada masa untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki lagi.

“Buat masa ini, saya hanya berkawan-kawan saja. Masih ‘single’ (solo) lagi. Cinta lokasi pun tak ada. Habis ‘shooting’, habislah. Di lokasi, saya memang selesa berkawan dengan rakan pelakon lain termasuk yang menjadi ‘hero’ saya dalam drama itu.

“Kalau penonton tengok serasi, bermakna lakonan kami berjayalah. Tapi, untuk cinta lokasi dengan sesama rakan pelakon, memang tak ada pun. Saya habis kerja situ, situ sajalah dan terus balik ke rumah. Datang ‘event’ pun, saya seorang,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya penerimannya terhadap ‘cinta lokasi’, Sharifah Rose berkata, dia tidak bimbang sekiranya bertemu jodoh di lokasi.

Sharifah Rose akui masih single, teringin nak jadi isteri orang

Katanya, lagi pula tiada siapa yang tahu jodoh itu datang dari mana, dan dia hanya mengharapkan jodoh yang elok-elok saja.

“Kalau boleh, jodoh saya bukan artislah. Lelaki bujang, kacak, boleh bimbing saya, ‘gentleman’, matang dan semestinya, emosi dia stabil. Orangnya biarlah rileks, santai, tak suka marah-marah dan bukan kaki pukul.

“Apapun, saya ada merancang umur 28 tahun ke, apabila dah cukup ‘explore’ karier, baru fikir yang lain-lain. Jadi, rasanya apabila pengalaman dah cukup, masa ‘settle down’ itu, saya akan ‘settle down’,” katanya ditemui pada acara pratonton RR Bridal RTW 22, semalam.

Sebelum ini, difahamkan Sharifah Rose pernah menjalin cinta dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid. Namun, mereka akhirnya mengambil keputusan berpisah sejak September 2020 lalu. Sebelum itu, Sharifah Rose juga dikaitkan bercinta dengan penyanyi, Ismail Izzani.

BACA:

Nuha Bahrin teruk kena kecam suara kartun, netizen bongkar video lama

Agihan pendapatan 3.75 sen seunit – ASM 3

Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan