Sesekali ibu ayah kena minta maaf dengan anak, “tak jatuh ego”. Tidak semestinya kita seorang ibu akan sentiasa betul. Ada masanya anak yang masih kecil boleh bantu untuk buat kita mengenali dan menginsafi diri. Anak kecil sangat telus dan tidak akan berbohong. Sesekali, cuba tanyakan pada mereka apa perasaan mereka mempunyai ibu seperti kita. Atau boleh ditanyakan, bagaimana kita sebagai seorang ibu.
Menerusi penulisannya, Wawa Shauqi ada memberitahu jawapan yang diberikan oleh anak-anak dapat dijadikan life lesson buat kita. Sebelum tidur, bolehlah ajak anak berbual dan tanyakan tentang diri kita. Itulah yang dipraktikkan oleh ibu beranak dua ini dan katanya cara ini sangat berkesan untuk membuatkan anak-anak terasa istimewa di sisi kita.
SEBELUM TIDUR, BERSEMBANG DENGAN ANAK!
Saya cadangkan kat korang, malam waktu anak tidur tu, cuba ajak anak-anak sembang. Baring rileks di sebelah anak, peluk & cium sikit, kemudian tanya pasal diri kita.
Jawapan yang anak beri kadang-kadang boleh jadi life lesson untuk kita.
Tapi malam ni, life lesson saya yang dapat kat anak, tak banyak!
Sebabnya, sebelum tidur, Aqlan dah buat haru. Menangis tengah malam ‘memeriahkan’ kejiranan. Macam nak bawak sampai ke subuh aje nangisnya.
Settle pujuk Aqlan sampai dia tertidur, saya berbaring sebelah Ammar. Saya peluk dia sambil pegang tangannya.
“Ammar, macam mana mama nak bertenang ya Ammar? Mama penatlah stres-stres.”
Saya tiru gayanya mengadu.
“Mama Dengarlah Quran. Jom Baca Surah Dengan Ammar.”
“Ammarlah baca. Mama period.”
“Kalau macam tu, mama dengar je lah bunyik air. Air sungai ke, air hujan ke.”
Saya senyum dengar jawapan budak 5 tahun ni.
Memang ada waktu yang serabut, saya duduk kat kerusi urut sambil dengar bunyi air dari henfon. Kadang-kadang, si Ammar ni pun mengikut sekali.
“Ammar nak tenang jap.” katanya.
“Kalau kita tak happy, kita kena senyum mama.” kata Ammar lagi, sambil gosok-gosok pipi saya yang berkerutu kesan jerawat baru.
Kemain!
Ayat macam adorably sangat!
Macam tak kena dengan budak yang siang harinya, bikin ribut kat semua orang.
Menyakat Aqlan la, panjat bahu mama time makan la, berlari ke sana sini.
Dengan melayan soalan “kenapa ini”, “kenapa itu” yang dia aju setiap 2 minit. Hilang nafas rasa nak menjawab!
Memang.
Manusia kecil ni, bila waktu malam, kita akan lihat mereka lebih comel dan adorable berbanding waktu mereka berjaga di siang hari.
Kan? Kan? Kan?
Waktu mereka tutup mata tu lah rasa kasih dan sayang baru nak datang, kan? Kan?
Jadi, jangan lupa praktikkan. Sembang dari hati ke hati sebelum mereka tidur. Kalau diorang tak dapat bagi life lesson untuk kita, paling tidak, anak rasa diri mereka ada tempat istimewa dalam hati kita.
#sembangmalam
Ada masanya kita terlupa dan terlalu menggunakan kuasa sebagai ibu dalam mendidik anak-anak. Kita terlupa untuk menjadi sahabat mereka dan saling bertukar pendapat tentang diri masing-masing. Semoga kita lebih terbuka dengan anak dan tidak malu mengakui kesilapan kita dalam percubaan membesarka mereka sebagai anak yang baik.