Banduan tengok piala dunia dengan pegawai polis jadi bualan orang ramai

Banduan tengok piala dunia dengan pegawai polis jadi bualan orang ramai

Banduan tengok piala dunia dengan pegawai polis jadi bualan orang ramai. Di TikTok, tindakan seorang pegawai polis yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 bersama beberapa orang tahanan telah mencuri tumpuan orang ramai.

Tengok piala dunia dengan tahanan

Menerusi video yang dimuat naik itu, dilihat pegawai berkenaan sedang memasang siaran perlawanan bola sepak terbabit di komputer riba dan disaksikan oleh beberapa tahanan disebalik tirai besi.

Video dengan kapsyen β€˜pentingnya memanusiakan manusia’, yang dikongsikan oleh pegawai polis itu sendiri di akaun TikTok miliknya menjadi viral sekali gus meraih pujian warganet. Di ruang komen, video berdurasi 28 saat itu berjaya mengundang pelbagai respon dari orang ramai yang rata-ratanya memuji tindakan pegawai berkenaan.

Setakat ini, video tular tersebut telah berjaya meraih lebih 5 juta tontonan dan kira-kira 7,824 respon positif daripada wargamaya.

Banduan tengok piala dunia dengan pegawai polis jadi bualan orang ramai

@gust14rPentingnya memanusiakan manusia πŸ™

♬ Rihanna Umbrella – π‘Ίπ’•π’–π’π’π’Šπ’π’ˆ π‘΄π’–π’”π’Šπ’„

BACA:

Bendera HARAPAN berkibar di Stadium Piala Dunia Qatar jadi perhatian dunia

β€œAxia dah setaraf 4Γ—4!”, selamba off road lalu jalan Baram

Usop namakan anak sulong Muhamad Saif Umar

CATEGORIES