Selepas 6 bulan, Diana Nasimuddin akhirnya terima lamaran Mas Khan. “CINTA sejati sukar dicari,” demikian coretan indah pelakon Mas Khan buat wanita yang baru menerima lamarannya, Diana Nasimuddin semalam.
Menerusi hantaran sepotong video di Instagramnya, Mas Khan berkongsi momen kejutan yang dibikin Diana apabila menyarung semula cincin yang diberikan sejak enam bulan lalu.
“Sesuatu perhubungan mesti ada pasang dan surut tapi apabila terlalu banyak yang dilalui bersama, perselisihan faham, konflik dan sebagainya, hal itu semakin menguatkan ikatan.
“Kita takkan boleh memiliki cinta tanpa ada kesakitan. Tapi seandainya ikatan itu cukup kuat untuk mengatasi segala rintangan, jadi ia berbaloi untuk diperjuangkan.
“Surprise! Enam bulan saya menunggu apabila dia membuka cincin itu dan hari ini dia mengejutkan saya.
“Selama-lamanya saya sayang dan cintakan kamu Diana Nasimuddin,” tulisnya dalam video berkenaan.
Tambah Mas Khan lagi dalam tulisannya di hantaran berkenaan: “Berikan masa dan ruang tapi jangan pernah putus asa untuk individu yang membuatkan kamu gembira. Saya sayangkan kamu ‘bekas kekasih’.”
Sementara itu, Diana turut menulis komen pada hantaran sama.
Lihat siaran ini di Instagram
“Kejutan! Alhamdulillah. Satu perjuangan kan? Insya-Allah kita akan semakin kuat sekarang, dan saya menantikan apa saja untuk hari-hari mendatang,” tulisnya.
Mac lalu, tindakan Mas Khan berkongsi luahan hati seolah-olah berdepan kekecewaan mengundang tanda tanya warganet.
Malah, Mas Khan turut memadamkan banyak foto serta video melamar Diana di Instagramnya yang dimuat naik pada Disember tahun lalu.
BACA:
Dakwaan layanan istimewa untuk Najib, ini respon Jabatan Penjara
Netizen persoal penampilan pelik ustaz Kazim Elias, rupanya ini sebab..
Lelaki berlagak samseng di lebuh raya, henti kereta tengah jalan