Lelaki berlagak samseng di lebuh raya, henti kereta tengah jalan

Lelaki berlagak samseng di lebuh raya henti kereta tengah jalan

Lelaki berlagak samseng di lebuh raya, henti kereta tengah jalan. Polis sedang mengesan seorang individu selepas dipercayai bertindak seperti samseng dengan memaki hamun dan membaling objek ke arah kereta dinaiki pasangan suami isteri dalam kejadian di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), pada Ahad.

Tindakan individu terbabit yang dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan dinaiki mangsa tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 kira-kira jam 4.20 petang, pada hari sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang berumur 41 tahun dan bekerja sebagai pengurus operasi sebuah syarikat itu memandu kenderaan bersama suaminya dari Taman Melawati ke Shah Alam.

“Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, kenderaan mangsa ditahan oleh seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Honda berwarna putih.

Lelaki berlagak samseng di lebuh raya, henti kereta tengah jalan

“Suspek bertindak memberhentikan kenderaannya di hadapan kenderaan mangsa di laluan tengah lebuh raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Katanya, suspek dikatakan memarahi mangsa selain mengeluarkan kata-kata kesat.

“Suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati, mendakwa mangsa sebelum itu telah menukar lorong.

“Sebelum beredar, suspek bertindak membaling objek ke arah kereta mangsa,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati, kereta dinaiki suspek dimiliki oleh seorang wanita tempatan.

“Tindakan selanjutnya akan diambil bagi mengesan dan merakam percakapan pemilik kenderaan iaitu seorang wanita.

“Selain itu, tindakan segera dijalankan bagi mengesan suspek untuk siasatan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada Ahad, tular insiden seorang lelaki bertindak memaki hamun sebuah kenderaan dinaiki pasangan suami isteri di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE).

BACA:

Saya dah buntu nak nasihatkan dia – Azhar Sulaiman makin pening dengan Leona

Jual Volkswagen Passat, beli Perdana terpakai – Doktor ini tak malu nak ‘downgrade’

Ahmad Idham mungkin jadi calon PRU-15 parti GTA

CATEGORIES