Sebab RM50K, anak tetak ibu sampai mati, buang pulak dalam tong sampah. Seorang lelaki yang sebelum ini disyaki memukul dan menetak ibunya sampai mati akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Suspek bertindak sedemikian hanya kerana mahukan harta pusaka milik ibunya yang berjumlah RM50,000.
Tetak ibu sebab RM50,000
Insiden ngeri yang berlaku pada Januari 2019 yang lalu itu berpunca apabila suspek, Jared Eng berusia 25 tahun mahu mempercepatkan kutipan pusaka bahagiannya dengan meminta wang berjumlah RM50,000 yang didakwa berada dalam akaun bank mangsa, Paula Chin, 65.
Namun siapa sangka, lain pula yang jadinya apabila tercetusnya pergaduhan antara dua beranak ini sehingga membuatkan suspek bertindak di luar kawalan dengan memukul dan menetak ibunya sehingga mati di kediaman mereka yang terletak di Manhattan, Amerika Syarikat.
Menyedari ibunya sudah tidak bernyawa, Jared Eng mula panik dan berpakat dengan teman wanitanya untuk membersihkan lokasi kejadian. Tidak cukup dengan itu, mereka berdua membawa mayat mangsa ke rumah keluarga di New Jersey dan membuangnya ke dalam tong sampah.
Suspek kemudian mula mencari cara untuk menghapuskan bahan bukti termasuk cara melupuskan mayat.
Cuba hapuskan bahan bukti
Tetapi malangnya, ‘kehilangan’ mangsa disedari oleh abang suspek. Dia kemudian membuat laporan polis dan sehari kemudian polis menemukan mayat mangsa yang sudah mereput di dalam tong sampah..
Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut dan menemui sarung tangan getah yang berdarah selain kesan darah di lantai garaj kediaman keluarga mangsa di New Jersey. Selain itu, mereka turut menemukan satu mesej yang tertulis, “Saya telah bebas, masalah sudah disingkirkan”. Mesej tersebut dipercayai ditulis oleh suspek.
Akibat tindakan kejam itu, suspek bakal berhadapan hukuman penjara minimum 18 tahun atau maksimum seumur hidup. Hukuman tersebut akan diputuskan dalam persidangan mahkamah seterusnya yang dijangka berlangsung pada 18 Oktober depan.
BACA:
Respon UAI pada pemuda OKU ini kejutkan netizen Malaysia
Ucapan serius ramalan Jokowi ekonomi bakal gelap 2023 jadi tular
“Aku tarik rambut kau jumpa dekat set, jangan ingat kau bagus” – Ayda Jebat