Sanusi dedah penyokong Pas alergi bendera PN, lebih suka bulan

Oleh INFORAKYAT

Sanusi dedah penyokong Pas alergi bendera PN, lebih suka bulan. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor berkata, ramai pengundi dan penyokong parti itu alergi terhadap warna biru Perikatan Nasional (PN), yang disifatkan sebagai “bayang-bayang” kepada warna biru tua Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, tindakan memperbetulkan keadaan itu perlu diambil dengan kembali mempertimbangkan penggunaan logo bulan PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang lebih “serasi” dengan pengundi parti itu khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, yang ditadbirnya.

“PAS telah mohon untuk tukar logo sebab warna biru PN banyak orang PAS alergi.

“Orang alergi dengan warna logo PN yang warna sama dengan BN, patutkah kita biarkan perkara itu atau kita ambil tindakan memperbetul keadaan? Jadi (bagi saya) boleh diambil tindakan untuk diperbetulkan (kembali guna logo PAS),” katanya ketika berucap di Muktamar Pemuda PAS Ke-63 malam tadi.

Beliau yang juga menteri besar Kedah berkata, PAS Kelantan sudah menyatakan hasrat mahu menggunakan simbol bulan dalam PRU15 dan hasrat sama turut disuarakan PAS Terengganu.

Sanusi-dedah-penyokong-Pas-alergi-bendera-PN,-lebih-suka-bulan

“Kalau di tempat lain setuju orang Kedah nak minta pakai logo PAS juga,” katanya yang menerima sorakan lebih 800 perwakilan yang hadir.

Sabtu lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman mencadangkan PN menggunakan lambang parti itu pada PRU15.

Ariffin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri dilaporkan berkata, cadangan itu dibangkitkan susulan senario politik di Pantai Timur berbeza berbanding di peringkat persekutuan.

Cadangan itu kemudian dipersetujui rakan gabungan mereka, Bersatu Terengganu.

Bagaimanapun, Sanusi mengakui terdapat penolakan daripada rakan komponen PN yang lain kerana mereka sudah pun mencetak bahan kempen PRU15.

“Alasan diberi rakan kita mereka dah cetak bahan kempen…siapa suruh? Adakah kita suruh depa (mereka cetak)? Tak ada,” katanya tanpa merujuk secara khusus mana-mana rakan gabungan.

Sanusi kemudian meminta perwakilan pemuda membawa usul penggunaan bendera PAS pada PRU15 di Muktamar PAS Ke-68 esok untuk dipertimbang kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Selain PAS dan Bersatu, PN turut dianggotai Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

BACA:

Penulis buku terkenal dedah lokasi sebenar Jho Low berada

Lelaki buka baju sendiri beri kepada pemuda cina untuk duduki ujian dipuji

Kelam kabut Sarawak FC jawab bila TMJ komen ‘Bayar Gaji’