Lelaki buka baju sendiri beri kepada pemuda cina untuk duduki ujian dipuji

Lelaki buka baju sendiri beri kepada pemuda cina untuk duduki ujian dipuji

Lelaki buka baju sendiri beri kepada pemuda cina untuk duduki ujian dipuji. Hubungan baik dan kerjasama antara kaum adalah kunci utama kepada kemakmuran Malaysia selepas 65 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Sejak dulu kita diajar supaya saling membantu serta menghulur pertolongan tanpa mengira apa jua perbezaan sama ada bangsa, bahasa, agama, warna kulit dan pegangan politik.

Seperti perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai Eqramm Azizi, rakaman menunjukkan seorang pemuda meminjam sehelai kemeja-T berkolar daripada seorang individu lain mendapat perhatian warga maya.

Difahamkan pemuda berkenaan terpaksa meminjam pakaian selepas dia dihalang daripada menduduki Ujian Komputer Lesen Memandu (Ujian KPP JPJ) kerana memakai kemeja-T tidak berkolar.

“Ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab exam memandu disebabkan baju tak berkolar.

Lelaki buka baju sendiri beri kepada pemuda cina untuk duduki ujian dipuji

“Apa-apa pun terbaik Malaysiaku,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, kelihatan seorang lelaki menanggalkan baju yang dipakainya untuk diberikan kepada pemuda tersebut.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Bukan itu saja, turut menjadi perhatian warga maya ialah adab lelaki terbabit sebelum menghulurkan pakaiannya itu.

Sebelum menyerahkan baju, lelaki itu mengibas-ngibas dahulu dan kemudian melipat baju yang ditanggalkan kepada pemuda terbabit.

“Ini Malaysiaku. Walaupun nak bagi orang siap buka baju, tepuk, betulkan baju dan lipat. Baru bagi orang. Adab kita cara kita,” tulis netizen di ruangan komen.

Ini Malaysiaku… adab kita cara kita.
NETIZEN

Berikutan video yang dikongsikan di TikTok, aksi bersahaja tindakan murni yang sempat dirakam ini dipuji oleh ramai.

Rata-rata netizen tersentuh dan berasa terharu dengan tindakan memberi bantuan kepada orang lain tanpa mengira siapapun individu tersebut.

Pada masa sama, tampil di ruangan komen seorang gadis mengakui bahawa lelaki itu sebagai bapanya.

Jelasnya, setiap hari bapanya akan memakai dua lapisan baju kerana menunggang motosikal seawal pukul 5 pagi dalam keadaan cuaca sejuk untuk ke tempat kerja

Tambahnya, ibunya juga turut menyukai video yang dikongsikan dan berharap supaya semua doa yang baik itu berbalik kepada mereka.

BACA:

Muktamar 2022: Pemuda gesa pemimpin PAS tunjuk siapa kawan, lawan sebenar

Shuib dedah sebab sebenar tak sertai Sepahtu Reunion buat peminat terkejut

Bini panggil laki balik rumah atas padang jadi tular, ‘dah kena stop game’

CATEGORIES