Sajat rayu orang ramai bagi petua pada dirinya ‘lekat’ untuk hamil

Oleh INFORAKYAT

Sajat rayu orang ramai bagi petua pada dirinya ‘lekat’ untuk hamil.

Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Baru-baru ini, video yang dikongsikan di akaun TikTok menggunakan nama @sajat.aussie menjadi perhatian ramai.

@sajat.aussiemacam mana nak lekat ?♬ original sound – sajjadzaman

Mana tidaknya, menerusi video itu Sajat bertanyakan kepada netizen mengenai tips untuk hamil serta cara untuk mudah ‘lekat’.

Seperti sudah dijangka, pertanyaan Sajat itu membuatkan ramai terkedu dan rata-ratanya memberikan jawapan berbaur sindiran kepada usahawan sensasi itu.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh memintanya untuk mempunyai rahim terlebih dahulu jika mahu hamil.

BACA :
Hukum sebenar suami ‘menetek’ susu isteri, Ustaz Azhar jelaskan..
Penyanyi sepohon kayu kumpulan Saujana buat ‘comeback’, rindu nak nyanyi..
“Keadaan menakutkan..”, Azwan Ali akhirnya disihir akibat mulut celupar