Rumah Banglo RM7 Juta milik lelaki ini ambil masa 7 tahun siap, penuh dengan doodle. Seorang artis terkenal dunia telah menghias keseluruhan rumahnya yang bernilai lebih RM 7 juta dengan lukisan ‘Doodle‘ menggunakan 900 liter emulsi, 401 tin cat sembur, 286 botol cat lukisan dan 2,296 pen nibs.
Memetik laporan Metro UK, Sam Cox atau lebih dikenali sebagai Mr Doodle menghabiskan selama dua tahun untuk melukis dinding rumah agam neo-Georgia miliknya yang mempunyai enam bilik tidur dengan lukisan tersebut.
Artis berusia 28 tahun itu mempunyai 2.7 juta pengikut di Instagram selepas belajar bidang lukisan ilustrasi di University of The West of England, di Bristol.
Difahamkan, dia telah menghabiskan masa selama 16 jam sehari untuk melukis sehingga mendapat gelaran ‘The Doodle Man‘.
Namanya semakin melonjak pada 2017 apabila dia membuka sebuah kedai kecil di stesen Old Street di timur London dengan menghasilkan karyanya dan mendapat 46 juta tontonan dalam seminggu.
Menurut Sam, matlamatnya dalam hidup adalah untuk membeli rumah dan mengubahnya menjadi ‘seni’.
Pada 2019, impiannya menjadi kenyataan apabila berjaya membeli sebuah hartanah terletak di bandar pelik Tenterden, Kent dengan harga melebihi RM7 juta.
“Sewaktu membeli rumah, pemilik rumah berkata boleh melakukan apa-apa sahaja di rumah itu tetapi tidak dengan menconteng. Saya tidak mendengarkan kata mereka,” jelasnya kepada The Sunday Times.
Selepas itu, projeknya dimulakan dengan peringkat pertama mengambil masa dua bulan untuk disiapkan walaupun hanya dia yang melakukannya sendiri.
“Ia adalah projek terpanjang pernah saya lakukan, Saya mahu melakukan dengan kedua tangan saya sendiri.” kata Sam.
Walaupun dia mengakui bahawa pada awalnya tidak merancang jenis lukisan, namun Sam telah menentukan tema kepada setiap bilik.
Untuk moral dalaman, lelaki berusia 28 tahun itu menjelaskan bahawa dia menggunakan cat jenis akrilik hitam dan pen penanda dengan empat saiz berbeza.
Semua permukaan rumah itu telah letakkan sesuatu untuk memastikan lukisan itu tidak pudar manakala pada bahagian luar pula menggunakan cat semburan.
Bagaimanapun, rumah itu sentiasa menjadi perhatian ramai terutamanya kanak-kanak tempatan dengan sentiasa datang ke kediamannya.
Tambah lagi, dia mahu meluaskan hasil karyanya dengan melukis lebih banyak rumah di kawasan setempat bagi membina sebuah bandar lukisan.
“Rumah merupakan permulaan impian sewaktu zaman kanak-kanak saya yang mahu melukis seluruh dunia dan menggalakkan dunia dengan mengenali moral sebagai sejenis seni.
“Saya sangat gembira kerana mempunyai rumah tetap di United Kingdom,” katanya.
BACA:
Terkini: Panglima Angkatan Tentera tiba di Istana Negara
Sikit lagi nak jatuh! Video budak perempuan tergantung di pemegang eskalator tular
Penduduk gerun tengok kain kafan terjulur keluar lepas tanah runtuh