Terkini: Panglima Angkatan Tentera tiba di Istana Negara

Terkini: Panglima Angkatan Tentera tiba di Istana Negara

Terkini: Panglima Angkatan Tentera tiba di Istana Negara. Sebuah kenderaaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba di Pintu 1 Istana Negara pada jam 2.07 petang sebentar tadi.

Memetik video yang dimuat naik oleh Bernama menunjukkan kehadiran beliau yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Perdana Menteri dilaporkan bakal mengadap YDP Agong yang dijadual pada jam 4 petang ini bagi memenuhi program rutin setiap minggu pra Kabinet di Istana Negara.

Sementara itu, sekitar 30 pengamal media dari dalam dan luar negara berkampung di Pintu 1 Istana Negara sejak pukul 8 pagi bagi membuat liputan untuk pertemuan pada petang ini.

Terkini: Panglima Angkatan Tentera tiba di Istana Negara

 

BACA:

Lama ‘hilangkan diri’, netizen kata PU Azman makin cengkung

Baru tingkatan 4 dah jadi ibu, wanita cerita pengalaman jaga anak usia muda

Laporan dedah 1,000 pasangan dari Malaysia nikah di siam dalam sebulan

CATEGORIES