Restoran kenakan caj penalti RM32 jika anak bising

Oleh INFORAKYAT

Restoran kenakan caj penalti RM32 jika anak bising. Baru-baru ini, sebuah bar tiram di Singapura berhampiran dengan Outram Road telah menjadi tumpuan kerana mengenakan surcaj sebanyak $10 (RM32) untuk kanak-kanak yang bising dan berkelakuan di luar kawalan.

Difahamkan restoran itu telah melaksanakan peraturan tersebut sejak sebulan lepas namun mereka masih belum mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggan.

Perkara tersebut telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan pelanggan selepas satu tangkapan skrin mesej WhatsApp telah dihantar ke portal Mothership SG.

Dalam tangkapan skrin itu, restoran itu menjelaskan bahawa tiada kerusi bayi disediakan kerana mereka bukan restoran mesra kanak-kanak dan surcaj SG$10 (RM32.15) akan dikenakan untuk kanak-kanak yang mengganggu suasana restoran dengan ‘menjerit’ dan kelakuan ‘tidak terkawal’.

Restoran tersebut juga menyatakan bahawa mereka menerima aduan setiap minggu daripada pelanggan lain sebelum ini namun semakin berkurangan selepas peraturan itu dilaksanakan kerana kanak-kanak yang dibawa berkelakuan baik.

99% pelanggan kami sangat menghormati dasar baharu ini.

Restoran itu kemudiannya menekankan bahawa suasana menjamu selera yang selesa sentiasa menjadi keutamaan dan sentiasa mencari cara untuk meningkatkan mutu serta kualiti servis pelanggan mereka.

BACA:

Pemuda B40 teringin nak tidur hotel 5 bintang view KLCC, nekad tempah setahun awal tanpa bayar

Netizen kecam stesen TV siar remaja kena sunat secara live