Remaja pertaruh nyawa selamatkan budak dalam banjir, sikit lagi kena renjatan elektrik. Seorang remaja tekad pertaruh nyawa sendiri apabila terkena renjatan elektrik semasa menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir ketika kejadian di Udon Thani, Thailand baru-baru ini.
The Thaiger melaporkan, segalanya bermula apabila sebahagian wilayah Udon Thani di utara Thailand dinaiki air banjir sehingga menyebabkan beberapa lokasi penempatan terjejas.
Namun malangnya, seorang kanak-kanak (mangsa) berusia 12 tahun dikatakan terperangkap dalam banjir ketika berada tidak jauh dari tiang elektrik di satu lokasi di sebuah sekolah di sana.
Bimbang melihat mangsa, remaja tersebut, Atthachai Argudom, 19, tekad bertindak menyelamatkannya sehingga telefon bimbitnya dilapor terjatuh ke dalam air banjir di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, usaha Atthachai mengundang ‘padah’ apabila dirinya terkena renjatan elektrik yang disyaki ‘mengalir’ dari tiang berkenaan hingga membuatkan dirinya lemah.
Sehubungan itu, kedua-dua mereka sempat diselamatkan oleh pihak penyelamat sebelum dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.
Tindakan pantas dianggap hero, dapat hadiah telefon
Tindakan pantas yang dilakukan Atthachai hingga dirinya terkena renjatan diketahui gabenor Udon Thani, Siam Sirimongkol hingga pegawai tertinggi itu sudi melawatnya di hospital.
Terharu dengan pengorbanan remaja itu, Siam turut membawa satu buah tangan berupa telefon bimbit baharu untuk dihadiahkan kepada Atthachai sebagai ‘pengganti’ telefonnya yang terjatuh ke dalam air semasa menyelamatkan mangsa.
Siam meluahkan rasa berterima kasih ke atas Atthachai atas belas kasihannya terhadap mangsa berkenaan itu kerana dia tidak mementingkan diri sendiri semasa kejadian.
Beliau turut memuji Atthachai atas keputusan melakukan tindakan yang berani dalam situasi yang genting itu.
Sementara itu, ibu kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut turut melawat hero yang menyelamatkan anaknya untuk menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga.
Ujarnya, sekiranya Atthachai tidak melakukan tindakan sedemikian, anaknya akan mati lemas dan dia berterima kasih atas keberanian dan perbuatan baiknya.
Seperti yang dilapor The Nation Thailand, banjir dan ribut hujan yang melanda Thailand ketika ini mendatangkan ‘cabaran’ kepada seluruh rakyat di negara itu.
Namun, dengan adanya wira seperti Atthachai, ia serba sedikit membantu meringankan beban yang dihadapi orang awam dan menjadikan situasi tersebut lebih baik.
BACA:
Video anak Dr Sheikh jadi tumpuan, “mak ayah hebat, anak sekolah biasa-biasa je”
Padah guna oil treatment, keadaan enjin Axia buat netizen terkejut
Bulatan Putrajaya berhantu? Ramai dakwa kena pukau lalu tempat sama
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio