Bulatan Putrajaya berhantu? Ramai dakwa kena pukau lalu tempat sama

Bulatan Putrajaya berhantu Ramai dakwa kena pukau lalu tempat sama

Bulatan Putrajaya berhantu? Ramai dakwa kena pukau lalu tempat sama. Seperti yang semua sudah sedia maklum, Putrajaya merupakan satu tempat yang mempunyai destinasi-destinasi menarik untuk dikunjungi. Antara yang menjadi tumpuan dunia adalah bulatan Putrajaya itu sendiri yang dikatakan adalah yang paling besar di dunia. Percaya atau tidak, disebabkan terlalu besar, ada yang sampai ‘tidak terasa’ langsung seperti sedang mengelilingi bulatan.

Walau bagaimanapun, ada cabaran juga apabila bergerak di bulatan ini. Antaranya ialah sekiranya terlepas simpang, sudah pasti perlu membuat satu pusingan penuh untuk kembali ke persimpangan berkenaan. Bulatan yang berukuran diameter 3.5 kilometer ini merupakan akses bagi pengguna untuk mengunjungi pelbagai tempat seperti Dataran Putrajaya, pejabat-pejabat kementerian dan banyak lagi.

Suasana di malam hari juga tidak menentu. Ada kalanya riuh dengan kehadiran ramai pengunjung dan ketika lewat malam, keadaan jalan agak sunyi seperti hanya korang yang berada di atas bulatan tersebut. Namun jangan tidak sangka, ada juga yang bagaikan ‘dipukau’ ketika melalui bulatan tersebut kerana mereka mendakwa telah melalui tempat yang sama berulang kali.

Bulatan Putrajaya berhantu? Ramai dakwa kena pukau lalu tempat sama

Bukanlah terpukau

Perkara tersebut sudah pastinya mendatangkan rasa cemas kepada orang ramai, terutamanya yang sering menggunakan laluan tersebut. Tapi kan bila selidik balik, rupa-rupanya mereka bukanlah dipukau, tapi tak sedar yang mereka sebenarnya telah pun membuat beberapa pusingan di bulatan tersebut.

Ada juga yang menyatakan bahawa kalau melalui bulatan besar tu, janganlah sampai terlepas simpang sebab nanti korang terpaksa kena pusing jauh untuk patah balik ke simpang tu semula. Hah barulah tak seram.

BACA:

BKM: PM umum tarikh baru masuk akaun

Netizen pelik tiba-tiba program PU Azman di radio dah tiada

Rahsia buat roti canai sendiri, tak perlu tebar pun tetap garing sedap

CATEGORIES