Ramai pelik dengan penjelasan Isa Isarb terima tawaran syarikat judi. Personaliti media sosial dan Youtuber, Isa Isarb pernah mencetuskan tanda tanya ramai apabila menerima tajaan syarikat judi beberapa bulan lalu. Video yang dimuat naik menerusi saluran Youtube milik pemuda ini didakwa menerima tajaan dari syarikat judi dan menjadi bualan hangat warganet.
Namun begitu, terbaharu Isa Isarb tampil jelaskan mengenai isu iklan dari syarikat judi yang muncul dalam salah satu dalam video yang dipaparkan di saluran Youtube miliknya.
Menerusi satu petikan video yang diambil dari saluran Youtube miliknya, Isa Isarb jelaskan mengapa dia mengambik iklan tajaan syarikat judi berkenaan. Katanya hanya dua episod sahaja dia mengambil iklan berkenaan.
“Hanya 2 minggu sahaja kerana board of director ada yang Islam dan bukan Islam. Malah mereka juga dikejar income tax”
@mr_michael31 @Isa Isarb sendiri dh buka mulut buat penjelasan pasal benda ni. Harap lepasni dh xde lagi isu pasal M88 ni lahh☺️☺️ #fyp #fypage #fypシ #xyzbca #isaisarb #isarbclan #esekeli #m88isa ♬ original sound – B R E W 📸
Sebenarnya penjelasan Isa Isarb ini adalah lebih kepada sebab mengapa dia membuang salah seorang dari pasukan mereka. Katanya individu itu terlalu memperbesarkan hal iklan syarikat judi berkenaan.
Berikut adalah video versi penuh Isa Isarb jelaskan isu iklan judi di saluran Youtube tersebut:
Walau bagaimanapun, penjelasan Youtuber ini telah menimbulkan rasa kurang senang warganet. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan tentang benda ‘haram’ tetap tidak boleh diambil ringan. Berikut antara luahan ramai:
“Pastu dia pun bagi sedekah bagai kat orang guna duit dari situ dan korang pun kata waaa baiknya isa”
“Kena kejar income tax so terpaksa amik job judi tu..Klaka jawapan dia…”
“Isa Clan ni contentnya ada yang elok ada yang kurang elok”
BACA:
Penarik beca jadi stress selepas menang ‘jackpot’ RM14 Juta
Cahaya gajet boleh jejas kesuburan kanak-kanak, cepatkan akil baligh – Pakar
“Saya bagi ‘eye contact’, tetapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam” – Shila Amzah