“Saya bagi ‘eye contact’, tetapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam” – Shila Amzah

Saya bagi eye contact tetapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam Shila Amzah

“Saya bagi ‘eye contact’, tetapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam” – Shila Amzah. Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai persembahan Shila Amzah di Gegar Vaganza musim kesembilan apatah lagi bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dilihat hadir sebagai penonton.

Malah ketika persembahan, kamera turut memfokuskan rakaman terhadap Sharnaaz yang berada di kerusi penonton. Situasi itu juga turut menjadi usikan pengacara Elly Mazlien yang ‘membahan’ Shila dan Sharnaaz.

Memetik Kosmo, Shila berkata dia tidak terasa hati dengan usikan Elly Mazlein kerana baginya ia hanyalah gurauan semata-mata dan tidak keterlaluan.

“Saya okay sahaja. Lagi pun saya sayang kak Lina (Elly). Cara Kak Lina mengusik pun bukanlah keterlaluan. Sekadar manja-manja sahaja. Saya pun tidaklah terasa hati kerana menganggap usikan Kak Lina itu sekadar gurauan sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai perasaannya melihat kelibat Sharnaaz ketika membuat persembahan, Shila berkata ianya tidak menjejaskan persembahannya serta mengakui ada memberi eye contact pada bekas kekasihnya itu.

“Saya bagi ‘eye contact’, tetapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam" - Shila Amzah

“Saya bagi ‘eye contact’, tetapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam. Saya tak tahu dia pandang saya atau tidak,” katanya.

BACA:

Rupanya ini maksud sebenar huruf belakang kereta, ‘bertahun pakai baru tau’

Pengacara bertudung di stesen TV popular selamba pakai ‘bra’ naik basikal

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dapat bos baru

CATEGORIES