PSG akan jejak ke bumi Malaysia. Pasukan gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) sah ke Malaysia bagi menghadapi Piala Supermokh yang dijadualkan berlangsung dari 23 Oktober sehingga 30 Oktober ini.
Piala Supermokh 2022 merupakan kejohanan untuk peringkat umur bawah 13 tahun dan bakal menghimpunkan beberapa pasukan akademi terbaik di seluruh dunia. Untuk edisi kali ini, 17 pasukan akademi mengesahkan penyertaan.
Selain PSG, beberapa pasukan ternama Asia turut menghantar pasukan akademi mereka seperti Cerezo Osaka (Jepun), Buriram United (Thailand) dan PVF (Vietnam).
Selain pelatih AMD, SMK Ibrahim Fikri juga akan membawa nama Malaysia dalam kejohanan itu. SMK Ibrahim Fikri merupakan sekolah daripada Terengganu yang menjuarai pusat latihan daerah (PLD) peringkat negeri Terengganu tahun ini.
Sudah tentu pasukan PSG akan menjadi perhatian ramai kerana reputasi luar biasa mereka namun pertandingan ini merupakan pertandingan peringkat umur, semua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing.
SUPERMOKH CUP 2022
SuperMokh Cup 2022 is a U13’s tournament with 17 academies around the world, held at AMD Youth Football Center, Malaysia from October 25 to October 30. pic.twitter.com/eZVaKNnTUF
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 24, 2022
BACA:
Sweet Qismina kini sah isteri kepada Adam Lee
Kecoh satu highway! Perompak ni selamba lempar beg berisi wang atas jalan