PRU-15 : Pas tetap dengan pendirian main ‘dua kolam’. Kepemimpinan PAS masih mengharapkan dapat memasuki Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menerusi kerjasama dalam Perikanan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).
Parti tidak berganjak daripada agenda perpaduan ummah di negara ini, tegas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Kita tidak berganjak dengan agenda perpaduan ummah dan kerjasama dengan MN masih diteruskan,” katanya kepada media di Rusila.
Abdul Hadi berkata, pada dasarnya PAS juga bersetuju untuk menggunakan logo PN baharu, walaupun ia masih dalam peringkat perbincangan.
Mengulas mengenai penggunaan logo lain jika PAS masih bersama MN, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata isu itu boleh dibincangkan kemudian.
Abdul Hadi juga menambah mengenai pengagihan kerusi sebagai persiapan menghadapi PRU akan datang, rundingan pengagihan kerusi sentiasa dibincang dari masa ke semasa.
“Walaupun tarikh PRU belum diumumkan, tetapi perbincangan termasuk persediaan menghadapi PRU sentiasa dibincang,” tegasnya.
BACA:
Tular video wanita ‘belasah’ budak tengah makan dengan penyapu
CCTV dedah rakaman mirip Zalina Azman