Portal berita dedah MB Terengganu berada di Auckland ketika negeri dilanda banjir besar

Oleh INFORAKYAT

Portal berita dedah MB Terengganu berada di Auckland ketika negeri dilanda banjir besar. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar didakwa berada di Auckland, New Zealand bercuti bersama keluarga ketika negeri itu dilanda musibah banjir besar.

Berdasarkan maklumat tiket kapal terbang yang dilihat Malaysiapost bertarikh 11 Disember atas nama Samsuri dan isterinya yang bernama Datin Seri Tuan Faizan Tuan Ab Rahman, menuju Auckland, New Zealand.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu apabila tiada kelibat Samsuri ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat mangsa banjir di Terengganu hari ini.

Portal berita dedah MB Terengganu berada di Auckland ketika negeri dilanda banjir besar

Malah, Samsuri juga tidak kelihatan bersama Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang turut melawat mangsa banjir Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Seberang Tayor, Tebak, Kemasik dan Dewan Sivik Paka, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Abdul Hadi memaklumkan beliau bersama Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat dan ADUN Air Putih Cikgu Abdul Razak Ibrahim.

Malaysiapost telah cuba menghubungi pemimpin PAS Terengganu mengenai perkara ini namun belum mendapat respon.

Malaysiapost telah menghubungi Dr Samsuri menerusi aplikasi Whatsapp untuk mendapatkan pengesahan berita ini, namun beliau masih tidak memberi apa-apa respon setakat ini.

Setakat malam ini, Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 39,311 orang daripada 10,937 keluarga berbanding 39,108 orang daripada 10,735 keluarga petang tadi.

Sebanyak 304 PPS beroperasi di kesemua lapan daerah di negeri itu dengan Besut merekodkan seramai 9,225 mangsa, Kemaman (8,573 mangsa), Hulu Terengganu (6,375 mangsa), Setiu (4,988 mangsa), Dungun (4,005 mangsa), Kuala Terengganu (2,545 mangsa), Kuala Nerus (1,839 mangsa) dan Marang (1,761 mangsa).

BACA JUGA :

Influencer tak malu tayang body dikecam, “dulu sopan je pakai tudung”

Keletihan 4 hari urus tragedi Batang Kali, Pengarah Bomba kena strok

Ini pengakuan Takiyuddin selepas didakwa kahwin dengan Menteri dari Bersatu