Politik punya pasal, Pandalela luah rasa kecewa acara terjun tak masuk dalam SUKMA 2022. Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong luah rasa terkilan kerana acara terjun dilaporkan tidak tersenarai pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan berlangsung pada September depan.
Beliau dalam perkongsian di Twitter memaklumkan, acara yang menjadi sasaran pingat emas bagi negeri Bumi Kenyalang itu tidak tersenarai “atas sebab politik”.
“Cukup menyedihkan apabila mendengar bahawa tiada acara terjun wanita di Sukma tahun ini atas sebab politik. ‘Junior’ saya mesti agak kecewa,” jelasnya.
Sebelum ini, kerajaan Sarawak dilaporkan akan membuat rayuan mengenai perkara itu memandangkan acara itu merupakan lubuk emas kepada Sarawak pada Sukma.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, ketika ini hanya tiga negeri sahaja termasuk Sarawak yang mengesahkan penyertaan untuk acara berkenaan.
Katanya, sekiranya jumlah kontinjen bertanding bagi sesuatu sukan tidak mencapai enam pasukan, acara itu tidak akan dipertandingkan pada temasya berkenaan yang menjadi medan untuk mencungkil atlet pelapis.
Sukma ke-20 bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September depan.
BACA:
Bekas MB Selangor dalam keadaan kritikal
“Mungkin gadis tu yang rogol ustaz..” Pengerusi Tahfiz kena serang dengan netizen
Pengawas SPM 2021 mengeluh bayaran elaun belum diterima