“Mungkin gadis tu yang rogol ustaz..” Pengerusi Tahfiz kena serang dengan netizen

“Mungkin gadis tu yang rogol ustaz..” Pengerusi Tahfiz kena serang dengan netizen

“Mungkin gadis tu yang rogol ustaz..” Pengerusi Tahfiz kena serang dengan netizen. “Mungkin gadis tu yang rogol ustaz..” Itulah kenyataan Pengerusi Tahfiz yang membuatkan netizen menyerang apabila kenyataannya yang berbaur ketidakadilan apabila menyalahkan mangsa rogol yang masih di bawah umur.

Baru-baru ini negera kita dikejutkan dengan kisah seorang ustaz yang ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa merogol kanak-kanak berusia 14 tahun.

“Ustaz F&N penceramah bebas di tahan kerana merogol berkali-kali seorang gadis berumur 14 tahun.

“Berkali-kali hebat juga, ustaz yang hebat atau gadis 14 tahun tu yang hebat, berkali-kali perginya? Ada kemungkinan juga ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut,” katanya di Facebook.

Posting yang dibuat oleh pengerusi tahfiz ini mendapat kecaman netizen kerana tidak berpuas hati dengan kenyataannya yang menyalahkan mangsa bawah umur sebagai ‘perogol’.

"Mungkin gadis tu yang rogol ustaz.." Pengerusi Tahfiz kena serang dengan netizen

Kebodohan pengerusi tahfiz ini akan membuatkan ramai lagi mangsa-mangsa tidak berani ke hadapan untuk melaporkan kepada pihak polis.

Kerana mereka risau mentaliti masyarakat – seperti pengerusi tahfiz – ini yang sanggup menyalahkan mangsa apabila kes rogol atau gangguan seksual berlaku, terdapat juga mangsa yang tidak berani kehadapan kerana pemangsa adalah golongan VIP atau orang berpangkat besar dan punyai pengaruh ramai.

Kerajaan telah mengubal Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 pada November 2021, iaitu individu yang didapati bersalah mempengaruhi kanak-kanak untuk melakukan hubungan seksual boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat.

Apakah maksud ‘sexual grooming’?

Sexual grooming’ adalah satu perbuatan dengan sengaja mendekati mangsa sambil berbuat baik bagi membina kepercayaan mangsa bawah umur untuk melakukan hubungan seksual.

Kepercayaan yang dibina oleh pemangsa akan membuatkan mangsa terleka dan dalam sesetengah kes yang mangsanya adalah kanak-kanak, boleh jadi mereka ini tidak faham atau belum cukup matang untuk mengetahui bahawa mereka sudah dipengaruh oleh perwatakan pemangsa.

‘Sexual grooming’ masih belum difahami secara meluas oleh rakyat Malaysia kerana masih wujud stigma yang menyalahkan mangsa – seperti apa yang dilakukan oleh pengerusi tahfiz tersebut.

BACA:

Rasa pelik, suami nekad tinggalkan isteri selepas beranak kembar buat kali ke 5

Pekerja kontrak kena buang selepas letak gambar PM dalam troli sampah

Saya dan Erra teruk kena fitnah! – Dato Awie

CATEGORIES