Pengunjung teruja cuba aplikasi ‘find my vehicle’ di shopping mall

Oleh INFORAKYAT

Pengunjung teruja cuba aplikasi ‘find my vehicle’ di shopping mall. Masalah tempat parkir sering menjadi isu kepada pengguna kereta ketika berada di dalam bangunan

Malah, kepadatan kereta pada tempat parkir turut menjadi faktor kenapa mereka merasakan itu juga satu bebanan.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan sebuah keluarga sedang mencari kereta mereka selepas pulang daripada melancong telah menjadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@natazsyah.roslankakak je ke baru tau kewujudan benda ni?🤣🤣

♬ original sound – Faeez Cikelon

Pengunjung teruja cuba aplikasi 'find my vehicle' di shopping mall

Hanya perlu taip nombor plat kereta, terus dapat kesan kedudukan parkir

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @natazsyah.roslan di TikTok, gelagat seorang wanita yang kagum melihat alat mengesan parkir kenderaan di KLIA.

Apa yang lebih menarik pada alat itu adalah penggguna cuma perlu menaip nombor plat kenderaan lalu skrin akan memaparkan kedudukan kenderaan.

Malah, alat itu juga turut menunjukkan tingkat dan lokasi dengan terperinci di mana tempat sebenar kenderaan itu parking.

“Wajib letak dekat mall! Penatlah turun parking je ambik gambar tiang” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.3M tontonan, 51.9K tanda suka dan 1K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen meminta agar alat itu dipasang pada semua mall di Malaysia.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @natazsyah.roslan (TikTok)

Image from @natazsyah.roslan (TikTok)

BACA:

Singgah tandas, dah 150 kilometer jalan baru sedar tertinggal isteri

Mulai tahun depan semua peniaga wajib pakai pelitup muka – Kerajaan

Bungkusan atas kereta tiba-tiba meletup sampai buat pelayan maut