Pelanggan 30 orang susun sendiri pinggan selepas makan buat staff restoran menangis

Oleh INFORAKYAT

Pelanggan 30 orang susun sendiri pinggan selepas makan buat staff restoran menangis. PERSOALAN mengenai siapa yang patut mengemas meja selepas makan di restoran atau gerai sering menjadi topik perbincangan.

Walaupun zaman berubah dan dunia semakin maju, masih ramai tidak bersetuju dengan saranan pelanggan yang makan di premis sekurang-kurangnya membuang sendiri bekas makanan mereka ke dalam tong sampah.

Bagaimanapun, pelanggan yang merupakan sebuah keluarga terdiri daripada 30 individu yang makan di sebuah kedai makan ini melakukan sebaliknya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)


Kisah mereka dikongsikan di akaun media sosial pemilik restoran itu sendiri yang tersentuh hati melihat keadaan meja dan pinggan mangkuk yang digunakan oleh keluarga besar ini.

Pelanggan 30 orang susun sendiri pinggan selepas makan buat staff restoran menangis

Baginya, amalan itu adalah sifat baik dan harus dipuji serta disebar luas supaya dapat menjadi tauladan kepada pelanggan lain.

“Customer dari syurga ni. Famili 30 orang. Semua dia kemaskan sendiri.

“Terima kasih kerana memudahkan dan memahami urusan pekerja Salaza,” tulisnya pada video yang dikongsi.

Menerusi video yang dikongsi peniaga kedai makan Salaza & Sons yang terletak di Terengganu ini, dapat dilihat pinggan dan bekas makanan yang disusun rapi oleh keluarga tersebut.

Jelas kelihatan pinggan, gelas dan piring diletakkan setempat, begitu juga dengan sisa makanan bagi memudahkan pekerja kedai makan mengemas dan melakukan kerja-kerja pembersihan.

Kerusi juga kelihatan tersusun kemas apabila kesemuanya dimasukkan semula di bawah meja.

Sememangnya ‘pemandangan’ seperti ini jarang-jarang dapat dilihat kerana kebanyakan pelanggan akan meninggalkan premis dengan membiarkan saja sisa makanan dan pinggan mangkuk serta cawan dalam keadaan berselerak.

Semakan mStar mendapati perkongsian video ini menjadi tular di TikTok sehingga ditonton lebih 1.1 juta kali setelah disiarkan.

Tu beza keturunan baik-baik daripada yang lain-lain. Memang tak akan sama.
NETIZEN

Rata-ratanya memuji sikap dan berasa kagum dengan tindakan terpuji serta empati pelanggan itu yang memudahkan kerja orang lain.

“Tu beza keturunan baik-baik daripada yang lain-lain. Memang tak akan sama.

“Customer berakal dan biasa kemas kalau pergi makan dekat mana-mana kedai.

“Konsep dia mudah, kita permudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita,” demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun masih ada pelanggan yang kurang bersetuju dengan tindakan ini dengan alasan apa yang dibuat itu tidak perlu kerana kita sudah membayar untuk makanan dan servis.

Tetapi, sewajarnya tindakan membantu sesama manusia seperti menolong mengemas sisa makanan sendiri tidak merugikan sesiapa jika diamalkan.

BACA:

Pablo Amirul akui amal ajaran sesat, dedah sebab ikut perempuan ini

Cara sebenar buat jeruk mangga asam boi krup krap, ketagih bila makan

Badan Aizat Amdan kembali gemuk macam dulu lepas kahwin