Badan Aizat Amdan kembali gemuk macam dulu lepas kahwin

Badan Aizat Amdan kembali gemuk macam dulu lepas kahwin

Badan Aizat Amdan kembali gemuk macam dulu lepas kahwin. Hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, penampilan terbaru penyanyi Aizat Amdan menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi satu video dimuat naik seorang pengguna TikTok memaparkan penyanyi berusia 33 tahun itu sedang membuat persembahan di khalayak ramai.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa terkejut melihat perubahan bentuk badan penyanyi itu yang berbeza.

@pikotkotHanya engkau yang mampu / Aizat Amdan. BEST SONG EVER. Crowd tak puas, kita request SUNGAI LUI!

♬ original sound – Pikotkot

Kata netizen bentuk badan penyanyi itu kembali kepada asal, namun ada yang beranggapan Aizat kini sedang bahagia melayari alam rumah tangga dan mendakwa disebabkan itu mengalami perubahan fizikal.

Badan Aizat Amdan kembali gemuk macam dulu lepas kahwin

Tidak kurang juga, ada netizen meminta supaya orang ramai tidak mengkritik bentuk fizikal penyanyi itu kerana apa yang penting sihat tubuh badan.

Terdahulu, Aizat Amdan mendirikan rumah tangga bersama Elyssa Alia Illias yang juga pengurusnya pada 14 Ogos dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di A Park, Puchong, Selangor.

BACA:

Ini respon Muhyiddin selepas Anwar hantar writ saman fitnah

Netizen gerun tengok jualan minyak pengasih laku di online, dapat feedback bagus lagi

Portal berita dedah MB Terengganu berada di Auckland ketika negeri dilanda banjir besar

CATEGORIES