Paypal, Yahoo! dan gergasi tech lain disekat Indonesia

Oleh INFORAKYAT

Paypal, Yahoo! dan gergasi tech lain disekat Indonesia. Indonesia beberapa jam lalu telah mula menyekat akses terhadap Yahoo!, PayPal, Steam. Epic Games, Dota, Counter-Strike, Epic Games and Origin.com dan Xandr.com.

Mengapa? Ini kerana syarikat-syarikat tersebut tidak patuh dengan arahan kerajaan untuk mendaftar sebagai PSE dengan kementerian di sana.

Status PSE (Penyelenggara Sistem Elektronik) mengiktiraf yang perkhidmatan atau syarikat tersebut beroperasi secara sah di negara itu.

Ia diwajibkan pada kesemua perkhidmatan yang beroperasi secara dalam talian termasuklah Facebook, Spotify, Zoom, WhatsApp, Twitter, Instagram, Netflix dan lain-lain.

Peraturan PSE ini membolehkan kerajaan mempunyai kawalan terhadap syarikat-syarikat tersebut.

Paypal, Yahoo! dan gergasi tech lain disekat Indonesia

Contohnya, platform perlu mengikut arahan kerajaan untuk menurunkan kiriman yang dirasakan berbahaya pada pengguna atau negara.

Terdahulu, WhatsApp, Netflix dan beberapa lain dilaporkan bakal disekat namun telah berdaftar sebagai PSE pada waktu-waktu akhir.

BACA:

Bantuan sehingga RM50,000 untuk yang bekerja sendiri dari BNM

Baby Shima bergelek di tengah jalan buat ‘content’, sekali benda lain netizen perasan

Tengku Zafrul kini Bendahari BN Selangor