Bantuan sehingga RM50,000 untuk yang bekerja sendiri dari BNM

Bantuan sehingga RM50000 untuk yang bekerja sendiri dari BNM

Bantuan sehingga RM50,000 untuk yang bekerja sendiri dari BNM. Kerajaan memperkenal bantuan pinjaman sehingga RM50,000 bagi mereka yang dalam industri gig dan bekerja sendiri. Berikut merupakan butiran lanjut :-

Apakah itu MEF?

  • Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) disediakan untuk Meningkatkan akses kepada pembiayaan tanpa cagaran untuk perusahaan/ usahawan mikro, termasuk individu yang bekerja sendiri dan pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital.
  • Pembiayaan akan ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro tanpa cagaran

Siapakah yang layak memohon MEF?

Bantuan sehingga RM50,000 untuk yang bekerja sendiri dari BNM

  • Perusahaan mikro* mengikut definisi PKS yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK); atau
  • Usahawan mikro Malaysia termasuk individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan peserta program i-TEKAD

* Warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia dengan pemegangan sekurang-kurangnya 51% dalam perusahaan mikro

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk MEF?

Hantar permohonan terus kepada Institusi Kewangan Peserta (IKP) dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit IKP

BACA:

Baby Shima bergelek di tengah jalan buat ‘content’, sekali benda lain netizen perasan

Tengku Zafrul kini Bendahari BN Selangor

Pak cik Shell kongsi rahsia waktu terbaik isi minyak, pagi atau malam?

CATEGORIES