Pakcik Tua jalan bawa barang dapur mengeluh, “ramai lalu tapi tak ada yang tumpangkan”. Dalam pada usia yang senja, tahap kesihatan yang berkurangan, mereka masih terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi. Jadi tak salahlah kalau kita yang berkemampuan menghulurkan sedikit bantuan untuk meringankan beban mereka.
Sebagai insan, kita memang takkan terlepas daripada melihat orang yang kurang berkemampuan. Lebih menyedihkan apabila mereka adalah golongan yang berumur.
Menerusi video yang dimuat naik, ketika Eyka menuju ke satu tempat, dia terserempak dengan seorang pak cik tua yang sedang jalan sendirian sambil menjinjing beg plastik.
Persis kisah yang dikongsikan oleh Eyka Yuyun di TikTok, di mana dia telah membantu seorang warga emas secara tidak langsung menyentuh perasaan yang menonton.
Pak cik berkenaan kemudian perlahan-lahan melangkah dalam kereta sambil dibantu. Melihat keadaannya yang daif, Eyka bertambah, malah mula terbayang jika itu adalah ibu bapanya.
Lelaki itu turut dilihat duduk berehat seketika di pembahagi jalan disebabkan tidak larat. Tersentuh melihat keadaan pak cik berkenaan, Eyka menjemputnya masuk ke kereta untuk dihantarkannya ke rumah.
Setelah selesai melunaskan bantuan untuk lelaki itu, Eyka menangis dan berharap agar dia dapat kembali membantu pak cik itu lagi.
Selain itu, rupa-rupanya plastik yang dibawa warga emas itu berisi Maggi dan bawang yang mungkin baru sahaja dibeli untuk mengisi perutnya yang kosong.
Melihat reaksi warganet di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada gadis baik hati ini kerana sudi membantu lelaki berkenaan. Selain mendoakan kesihatan lelaki itu, mereka turut terpanggil ingin menghulurkan bantuan kepadanya.
@eykamika95Ya Allah Semoga Pakcik Ni Dipanjangkan Umur Selalu 🤲😢♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr
BACA:
Baju dipakai isteri Yonny Boi buat hidung netizen berdarah