Datuk Aishah pula bersuara isu ustazah hina artis

Datuk Aishah pula bersuara isu ustazah hina artis

Datuk Aishah pula bersuara isu ustazah hina artis. Selepas Datuk Hattan, Noorkhiriah dan Azza Elite menegur seorang ustazah berkenaan isu kehilangan jiwa dan roh jika salam selebriti, kini giliran Datuk Aishah pula bersuara.

Penyanyi Janji Manismu itu menganggap kaedah dakwah dengan cara sedemikian seolah-olah menghina pekerjaan orang lain, sedangkan dengan ilmu agama tinggi, ustazah itu sepatutnya menjadi contoh dan pembimbing.

“Ustazah janganlah hina kami. Orang berilmu, lebih berhemah dan dekat dengan Allah sepatutnya membimbing kami, bukan kata begitu.

“Kenapa kata apabila bersalaman dengan artis, roh orang itu akan hilang?

“Ustazah sudah hina sekelompok artis yang terpalit dengan apa yang ustazah cakap, sanggup ke nak cari kami di akhirat nanti?” katanya.

Datuk Aishah pula bersuara isu ustazah hina artis

Luahan hati anak seni yang aktif dalam dunia seni sejak awal 1980-an di New Zealand itu dikongsikan menerusi satu video dalam Instagramnya.

Menurut penyanyi itu lagi, kaedah dakwah yang digunakan ustazah itu terlampau keras sehingga boleh memberi gambaran buruk kepada penganut agama lain.

“Ustazah, dosa dengan Allah kita boleh minta maaf, tapi dosa dengan manusia perlu minta maaf pada orang itu.

“Jangan malukan Islam dengan golongan bukan Islam bila lihat dakwah kita nampak keras sebegini,” ulasnya lagi.

Terdahulu seorang wanita bergelar ustazah menjadi bualan netizen berikutan tindakannya menyelar lelaki bergelar suami membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki yang dianggap sebagai perbuatan dayus.

Selain itu, pendakwah itu turut mengupas situasi seseorang yang boleh kehilangan jiwa dan roh andai bersalaman dengan golongan selebriti.

Katanya, mereka harus teruja berjumpa dan bersalaman dengan alim ulama kerana bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa dalaman seseorang jika dibandingkan dengan mereka yang rajin beribadah.

BACA:

Fahrin Ahmad rasa lebuhraya di Malaysia dah tak selamat

“Siap bawa jengkaut”! Keluarga ni bawa ayah berubat tanam pasir

Sewa rumah pun tak mampu bayar dulu, kini gadis ini jadi paling kaya di Instagram

CATEGORIES