Nuha Bahrin teruk kena kecam suara kartun, netizen bongkar video lama

Oleh INFORAKYAT

Nuha Bahrin teruk kena kecam suara kartun, netizen bongkar video lama. Potongan video ketika penyanyi Nuha Bahrin menyertai pertandingan Vokal Mania dimuat naik oleh netizen di TikTok. Perkara itu sekaligus membuka ruang beberapa pengguna platform media sosial itu untuk kembali bercakap tentang vokal Nuha semasa di pentas pertandingan berkenaan.

Dalam video tersebut, Nuha berduet bersama Tomok mempersembahkan lagu Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi.

Teguran Manja

Berdasarkan tinjauan Murai MY, beberapa netizen kelihatan seperti memberi ‘teguran manja’ tentang cara nyanyian Nuha, malah ada yang merasakan Tomok seolah-olah keliru selepas cuba mengejar ‘tone’ nyanyian penyanyi muda itu.

“Kalau macam ni, nyanyi je lah lagu Denyut Jantung sampai bila-bila.

Nuha Bahrin teruk kena kecam suara kartun, netizen bongkar video lama

“Kalau dengar betul-betul, Tomok nak kejar balik tone Nuha tu Tomok jadi macam keliru dah.

“Dia ni kan lama aku pendam.

“Dia cuba jadi Christina Aguilera tapi tu lah, panjang ceritanya,” antara yang dilontarkan netizen.

Bagaimanapun, Murai MY percaya setiap orang mempunyai cara nyanyian tersendiri. Kematangan dalam teknik nyanyian juga boleh dipertingkatkan seiring pengalaman dan usia dalam industri hiburan.

Nuha kini ternyata sukses dengan pelancaran lagu Casablanca bersama Naufal Azrin yang diterima baik bukan sahaja di Malaysia, malah negara-negara luar.

@princeraydauz #fyp #foryou #foryoupage #fypシ #tiktok #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #funny #tiktoksabahan ♬ original sound – Prince Ray Dauz

BACA:

Agihan pendapatan 3.75 sen seunit – ASM 3

Harta sekutu Jho Low akan dilucut oleh kerajaan

Culas bayar sewa, pemuda ni siap pakai hadis tutup kesalahan elak kena halau tuan rumah